Lemang Raya PKP

Alhamdulillah...
Walaupun tak balik beraya di kampung...
Tetap dapat makan lemang..
Memang tradisi keluarga Mama Yan di Pahang makan lemang di pagi hari raya.
Kami buat dalam 3 kilo beras pulut dan 10 biji kelapa.
Tapi santan tu ada lebih dalam 2 jug.
Lepas la untuk buat kuah lodeh dan rendang

Tak dan nak placing dalam pinggan mangkuk raya...
Hahaha...

Terima kasih suami yang beria-ia nak buat lemang untuk anak bininya ni...
Sedangkan dia sendiri tak boleh makan pulut sangat...

Memang mencabar rupanya nak melemang ni...
1. Nak cari buluh - beli je
2. Cari daun pisang - ambil kat kebun
3. Masukkan daun pisang dalam buluh
4. Basuh, rendam dan toskan beras pulut.
5. Masukkan beras dalam buluh.
6. Parut kelapa, perah santan dan masukkan santan dalam buluh.
7. Sukatan main agak agak je semua.
8. Buat ampai dan hidupkan api
9. Mula membakar lemang.

Paling mencabar mestilah part membakar lemang sebab tak tahu nak agak.
Api nak besar ke...
Nak kecik ke...
Nak jauh ke..
Nak dekat ke...


Tengah bakar kat laman,
Hujan pulak...
Jadi kami pindahkan tempat membakar ke bawah awning belakang,
Tengah bakar bakar kat bawah awning tu...
Paip meletop...
Allah..
Lupa sungguh la..
Kat bawah tepi dinding tu kami lay poly pipe untuk incoming water supply...
Paip poli tu mencair sebab kepanasan api bakar lemang tu...
Hahaha...

Pindahkan semula tempat membakar ke laman luar.
Gigih la pindahkan bara kayu api tu ke luar pulak..
Lepas settle setting api baru..
Suami pergi store cari barang untuk sambung paip yang cair tu.
Dah jumpa barang semua..
Suami MY repair sendiri je..
Banyak kali sambung tapi soket yang ada kat store semua dah rosak layer dalamnya...
Sambung 10 minit, bocor kat soket...
Ulang ulang anak sulung MY berlari tutup main pipe.
Dah give up,
Tutup ajelah main pipe...
Air takde takleh kemas dapur.

Ni lemang yang pertama kami buka untuk tasting.
Berterabur beras pulut keluar...hahaha
Ni dalam pukul 10 malam masa tu...
Tambah lagi masa dan dekat sikit bara api pada buluh lemang tu...

Akhirnya,
Dekat pukul 1 pagi juga lah baru selesai urusan membakar lemang raya kami...
Syukur... berjaya juga kami menikmati lemang walaupun raya PKP...








 

11 Comments

  1. Lecehnya melemang.
    Wak tempah aje.

    ReplyDelete
  2. Wah gigih bakar lemang. Tahun ni tak dapat makan lemang pun.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya cabaran melemang. Sk suka makan lemang tapi mesti yang Ori mcm MY buat ni, lemang kukus ke, periuk kera ke, Sk tak brp minat.

    ReplyDelete
  4. bukan senang kan nak buat lemang huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya Yan, betul tu bakar lemang bukan kerja mudah.. gigih suami Yan, kak ana beli je Yan lemang tiap tahun

    ReplyDelete
  6. Puas hati kalau lemang buatan sendiri menjadi.

    ReplyDelete
  7. seronoknyaa masih ada acara bakar bakar lemang.. sejak atuk xdak mmg xbuat dah. beli je.. kenangan saja yg tinggal =')

    jemput join GA di blog
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  8. bukan senang kn nk wat lemang guna buluh tu...tgk yg moden guna bekas buat dlm air fryer

    ReplyDelete
  9. Semangat tu yang penting. kena gigih juga nak feel raya tu. kes yang sama pernah jadi jugak masa kat kampung raya beberapa tahun lepas. lupa ada saluran paip tu. cair kena ganti baru gak :)

    ReplyDelete
  10. memang kena gigih dan sabar bila membuat lemang ini.. Sha dah dua tahun rasanya tak buat lemang.. hehehe.. Sedap makan macam tu je..

    ReplyDelete
  11. bukan senang buat lemang ni... tapi bila jadi mesti terasa kepuasannya kan...

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)