Kuih raya untuk staf

Tahun ni projek tak banyak..
Payment pun takde yang gemuk gemuk...
Nipis nipis aje...
Terkesan dengan kehadiran Covid ni.

Walaupun begitu,
Bersyukurlah.
Walaupun berkurangan, tetapi masih ada...
Dan kerana masih ada...
Maka kita kongsikanlah apa yang ada tu seadanya sahaja...

Packing pun pakai plastik je..
Mama Yan tak sempat nak bungkus lawa lawa macam hamper...
Beli pun last minutes...

Staf ada 4 orang je...
Sorang engineer,
Sorang kerani,
2 orang site supervisor lelaki.
Jadi 4 packs ajelah kuih rayanya...
Untuk subcontractors dan suppliers...
Maaf, tahun ni takde peruntukan.


Dalam 1 bungkusan plastik tu ada 4 balang kuih raya.
Dari kiri; Batang buruk dan nutella pot

Ada red velvet cookies, dan mixed tart juga.
Turut bersama adalah sehelai square scarve.
Tak sempat nak cari kain pelekat

Dan adalah selitkan juga sekeping sampul surat berisi sedikit penghargaan sempena hari raya..
Mama Yan juga bagi seorang sebungkus sampul duit raya hipster yang tempah kat blogger azhafiza.
Semalam baru terfikir nak agih sampul duit raya...
Menyesal lak order sikit...
Ciskek betul.

Terima kasih staf semua atas segala tenaga dan kudrat yang dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama sama.
Sebenarnya... tak terbalas jasa dan pengorbanan mereka semua ni...
Kadang2..
Kita yang segan sebab diorang tak berkira langsung...
Next time,
Sila plan awal awal ye azian...

 

8 Comments

  1. Takpe kak, keikhlasan dan ingatan paling penting tu. Ada rezeki kita kongsikan dan ikut kemampuan kita. Next time kena prepare awal gitu :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah moga bertambah lumayan rezeki MY sekeluarga. Boss yang baik ni 👍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki mama yan..
    Sedapnya batang buruk tu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rezeki yg dikongsikan semoga ditambah lagi rezeki pd yg memberi

    ReplyDelete
  5. Alhamduillah berbagi rezeki sesama manusia. Moga Allah limpahkan rezeki yang berterusan kepada kak yan dan keluarga. Moga lepas ni dapat banyak projek! :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya staff kakyan dapat Square scarf untuk Raya. Alhamdulillah dapat juga berkongsi rezeki :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..syok diorang dapat boss baik hati ni..suka berkongsi rezeki..

    kat office ni pun dapat kuih raya jugak, hari ni last agaknya..esok da last kerja sebelum cuti raya..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)