Happy 13th birthday abang

Semalam  potong kek hari jadi abang yang ke 13. 
Dah besar dah anak sulung Mama Yan..
Dah remaja dah...

Lahir awal 10 hari dari tarikh jangkaan dengan kaedah normal tapi dengan bantuan induce sebab mama dia darah tinggi.


Birthday abang sulung,
Tapi yang kecoh nak tiup lilin adik yang bongsu.


Lepas jemput abang balik sekolah sekolah agama, 
Mama Yan bawa dia pergi Bakers Cottage kat Pekan Nanas..
Baru buka...
Dia pilih kek aiskrim Coklat riffle kot nama dia...
Tak sesedap kek aiskrim kat SDS kot...
Rugi lak beli yang ni...


kek Coklat riffle ni berlapis lapis antara kek coklat dan aiskrim.
Ikhlas dari hati MY,
Kek ni kurang enak.
Lapisan kek coklat tu terasa kesat dan kering kat tekak...
Aiskrimnya pulak tak gebu.
Lepas ni tak beli dah yang ni...
Kek coklat Americano yang beli kat Bakers Cottage Labis masa birthday Mirzan hari tu lagi sedap.


Rupa rupanya Ayah dia pun ada belikan kek comel kat SDS,
Jadi, tahun ni abang ada dua kek birthday...

Happy Birthday abang,
Semoga menjadi contoh kepada adik adik,
Dan kurangkan sikit garang kat adik adik tu...






5 Comments

  1. Happy birthday buat abang, anak sulung kakyan. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, semoga berjaya didunia dan akhirat. Aaminn...

    tak pernah cuba lagi kek aiskrim bakers cottage. Mungkin bukan kepakaran mereka buat kek aiskrim.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday buat abang..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir untuk anak sulung kak yan! Semoga membesar menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan ibu bapa. Dan juga dilimpahkan rezeki dan berbahagia selalu :)

    ReplyDelete
  4. Hahahaha comel je yang adik tu beria nak tiup lilin. Adik2 memang macam tu eh? Adik saya pun menyibuk dengan birthday semua orang sebab dia nak makan kek. Anyway happy birthday abang long! Semoga membesar dengan sihat & soleh ❤️

    ReplyDelete
  5. hahahah garang ek abang diorang ni? happy belated birthday abang!

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)