Nasi Lemak tukdinflavoursofmalaysia dan N'Golo Kante

Wahh... trending betul Nasi Lemak sekarang ni... Ini semua kerana satu post di IG tukdinflavoursofmalaysia yang tag pemain bola Chelsea nglkante di salah satu gambarnya (boleh tengok IG embedded kat bawah ni)



Teringat zaman dulu dulu masa awal kahwin... Gigih MY dan suami bangun pukul 2.40 pagi melayan UEFA Champion League ni. Masa tu MY minat Chelsea, suami pulak minat Arsenal. Sekarang, nak bangun sahur pukul 4 pun bercinta. Dah tua tua ni, tenaga pun dah tak sebanyak dulu.

N'Golo Kante, pemain kelab Chelsea dan pemain pasukan negara Perancis

Dan malam tadi... Pasukan Chelsea menjadi juara UEFA Champion League. So ramai la yang buat lawak, makan nasi lemak boleh membawa kemenangan kepada pasukan. 

Seingat MY, zaman sekolah dulu, kalau hari breakfast nasi lemak kat dewan makan, memang mata berat sampai tak boleh nak celik. Piyor betul nasik lemak kat dewan makan Teknik Kuantan tu dulu...hahha

Restoran Tuk Din Flavour of Malaysia ni di asaskan oleh Tuan Zainudin Yahaya yang berasal dari Alor Star, Kedah. Telah berada lebih 40 tahun di London, tentulah keberadaannya di sana sangat dihargai oleh masyarakat nusantara yang tinggal di sana. Dan, seperti yang kita semua tahu, menu Malaysia ni sangat sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja. Tak kira orang dari mana sekalipun, atau apa bangsa sekalipun, makanan Malaysia terlalu banyak variety dan citarasa, yang pedas, yang tak pedas, yang berlemak, yang bersup, yang berkuah, yang bergoreng, berebus dan bakar pun ada. 

Hmm...entah bila la Mama Yan boleh merasa sampai ke Tuk Din ni... Singapura yang seberang tambak tu aje pun MY belum pernah sampai... Inikan pula Kota London... kuahahaha


 

3 Comments

  1. dapat mereka kat sana lepas rindu dekat masakan malaysia kan MY

    ReplyDelete
  2. Jauh nau warung tuk Din tu
    Cari kat wak Kentut aje pun okay

    ReplyDelete
  3. Ye kakyan, dulu gigih tengok bola tengah malam. eh sama pulak, husband sy pun team Arsenal sampai saya pun terikut sekali team Arsenal. Penangan nasi lemak agaknya menang. hihi..semoga ada rezeki kakyan dapat jejak ke London nanti pekena nasi lemak Tuk Din.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)