Audit GST

Hari Sabtu lepas, 
MY dapat whatsapp dari pegawai kastam...
Nak kena audit GST untuk tempoh 2018.
Adoii...
Dah habis tempoh GST 3 tahun dah...
Rupanya...
Ada lagi nak kena audit...
Terus tak lalu makan...

Pagi pagi semalam MY dah keluar rumah menuju ke pejabat...
Nak kena ambil fail GST dan cari tax invoice yang tak declare...
MY janji nak jumpa pegawai kastam tu pukul 11 pagi,
Jadi sempat la singgah pejabat dulu.
Suami ajak sarapan pun dah tak lalu dah..


Selesai perbincangan dalam pukul 11.30.
Terus kebuluran... hahaha
Walaupun tak settle lagi...
Tapi bayang bayang kena penalti tu..
Dah nampak la...
Ada masa sampai hujung bulan ni untuk sediakan semua dokumen yang diminta...
Fail GST yang bawa semalam,
Terus kena sita...
Hmmm...

Mula mula singgah Petronas..
Suami belikan kopi Wonda dan roti sambal bilis...
Lepas tu...
Pergi Aeon Taman U sebab nak pergi Watson.
Dan nak cari tempat makan...
Betul betul tak lalu makan lepas dapat whatsapp dari pegawai kastam tu...
Dasyat tul kadar kepanikan MY ni..
Lepas dah jumpa... walaupun tak selesai pun...
Tapi dah boleh makan la...

Cari tempat makan kat Aeon Taman U...
Tapi suami tak nak makan kat Arena..
Tempat lain banyak tak boleh dine-in lagi...
Secret Recipe je boleh dine in...
Masuk aje la ...
Nama menu pun tak tau...
Main tunjuk gambar je...hehehe

Spaghetti ni MY punya hidangan...tapi MY makan tak habis sebab dah kenyang...
Lambat sangat sampai...
Suami MY dah habis makan dah...
Baru spaghettinya sampai...
Air batu dalam air pun dah mencair habis dah...

Nasi dengan chicken grill ni hidangan suami MY...
Ayamnya tu,
Suami asyik suap MY sebab makanan MY belum sampai lagi...
Lama lama kenyang..

Tapak Sulaiman mengaburi wajah Sulaiman..






 

9 Comments

  1. tapi mmg betul kak yan..kalau ada yg tak kena mkn pn terus xselera huhuhu

    ReplyDelete
  2. sedapnya spaghetti meatball. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  3. semoga penalti kalau dikenakan pun tak banyak sangat

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan Allah audit GST Yan.

    Sampai dua tapak sulaiman ditepek ya Yan 😄

    ReplyDelete
  5. moga semuanya dipermudahkan.. in sya Allah

    ReplyDelete
  6. moga di permudahkan semuanya MY, risaunya kan kalau kene penalti tu banyak ke kene bayar nya MY?

    ReplyDelete
  7. Bila terima berita yang tak best didengar memang akan buat mood macam tu. Kalau saya pun tak lalu makan mengenangkan hal tak settle. tambah lagi penalti tu. Semoga Allah permudahkan urusan kakyan. Aaminnn...

    Sedap spaghetti Secret Recipe tu. Lambat pulak sampai ye. Sabar je lah.

    ReplyDelete
  8. Aduh.. kalau sha pun stress juga..
    Semoga dipermudahkan semua urusan mama yan..

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan urusan kak yan. Nak hadap benda dah lama ni memang leceh.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)