Popia Sayur untuk Ibu Mentua - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 6, 2021

Popia Sayur untuk Ibu Mentua

Tak tahu nak buat sarapan apa lagi dah kan...
Lebih lebih lagi orang tengah sakit ni ada pantang makannya..
Takkan hari hari nak makan jemput jemput dan lempeng sahaja..
takkan nak bagi biskut cicah teh o pula...
Macam tak patut pula kann..
Jadinya Mama Yan buatkan popia berinti sayur sayur..
Guna sayur yang ada kat rumah ni je...
Kulit popia dah lama beli..
Sebab anak anak nak makan popia inti kentang...
Macam inti karipap, tapi gulung guna kulit popia...

Popia sayur mama yan ni simple je..
dan buat sikit aje pun..
Boleh la untuk 2 kali goreng.
Bapak mentua MY suka popia inti kentang.
So yang sayur ni memang khas untuk mak aje la..

Bahan -bahan untuk Popia Sayur:


Sebiji bawang merah saiz sederhana - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
sejemput ikan bilis - kisar
Minyak untuk menumis
Garam
Penambah perisa
Sayur campur segera (lobak merah + jagung + kacang pis)
sedikit kobis - dihiris

Cara membuatnya : 

1. Tumis bahan bahan kisar dalam minyak panas dan 
seng seng sampai bahan kisar semua masak..


2. Masukkan sayur campur (mix vege) dan sedikit air terlebih dahulu supaya sayur campur masak dan lembut. Tak boleh keras keras sangat, mak mentau MY giginya dah tinggal sikit.
penat nak kunyah kalau sayur masih keras keras lagi.

3. Bila sayur campur  dah lembut, masukkan pula kobis.

4. masukkan Garam dan penambah perisa yang disukai. Mama Yan campurkan sedikit perencah nasi goreng cina. Terpulang nak letak apa sebagai penambah perisa sebenarnya. Kalau nak letak chicken stock ke, perencah nasi goreng ke, aji ke, sedap rasa ke, cukup sedap ke...pun boleh.

5. Gaul sampai sayur campur dan kobis cukup rata. 


6. Angkat inti sayur dari kuali dan masukkan dalam bekas bertapis. Kalau taknak letak dalam bekas bertapis pun takpe, tapi MY suka sejukkan dan toskan minyak minyak serta air dari inti sayur ni.
Nanti bila kita gulung, tak la popia ni basah berair atau terlampau berminyak sangat.

7. Gulungkan ke dalam kulit popia. 

 
8. kemudian boleh la digorengkan. Goreng popia ni, minyaknya kena betul betul panas ya. Kalau minyak tak panas, nanti minyak akan menyerap masuk memenuhi setiap rongga lapisan popia. 

9. Angkat dan toskan minyak.

10. Tak tahulah macam mana rupa inti kat dalam tu lepas masak. Takkan MY nak patahkan pulak utntuk ambil gambar... Tak senonoh sungguh gitu.

11. Alhamdulillah...selesai satu resepi untuk sarapan. Lepas ni kena fikir lagi dan lagi nak masak apa pula.








 

9 comments:

  1. dap dap..lama x buat popia sbb anak2 x makan. sayur kan..good idea jugak wat popia kentang..tq tq!

    ReplyDelete
  2. kalau inti kentang tu mudah sikit, tapi inti popia sayur MY pun nampak menarik lah... kalau menu berat dia tak mau ye MY? kot la ns goreng, mehun sup ke? yelah orang tak sihat kadang selera nya lain

    ReplyDelete
  3. MIL makan wrap tak? kalau makan boleh buat scramble eggs letak dlm tu ke...

    tp tq kasi idea minum petang ammi weekend ni hahah

    ReplyDelete
  4. Tiba2 rasa nak makan popia goreng pula MY;)

    Bubur nasi mil suka tak? Kot la nak tukar selera.

    ReplyDelete
  5. Sedap popia vege. Saya pun suka tumis dulu. baru sedap! Boleh cuba buat bubur sayur pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Ingat popiah terbang tadi. 😅

    Lama tak makan popiah. Last makan masa bulan puasa hari tu.

    ReplyDelete
  7. dah lamaa tak makan popia. TErliur pulak tengok kak yan masak hehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad