Ahli baru dalam keluarga

Alhamdulillah..
semalam dah pasang penapis air Coway..
Sebab kakak ipar MY dah tak duduk dengan kami..
Takde orang dah nak tolong masak air...
sampai kering termos elektrik tu sebab semua lupa nak top up air...
Takleh jadi ni..
aje meletup nanti..
asyik lupa nak top up air...

coway
(abaikan bahagian sinki yang bersepah)

Yang ni harganya RM132 sebulan termasuk penyelenggaraan katanya..
servis dua bulan sekali selama 5 tahun.
Kalau beli cash RM4300,
Tapi servis percuma setahun aje..
Hmm..ada yang tak  berservis nanti...

Yang ni kapasiti airnya 21 liter...
Oklah kot untuk kami 8 beranak.
Tapi,
walaupun ada air sejuk dan air suhu bilik,
air sejuknya..
tak sesejuk dari peti ais..
So, masih lagi ambil air di sini dan masukkan dalam peti ais..
hihihi...

teringat zaman takde duit dulu dulu...
togok air paip kat masjid pun dah cukup sejuk dan segerrr... 
sekarang je memilih...


garmin golf watch
Selepas bertahun mengidam..
Akhirnya suami MY beli juga jam ni...
Dah suruh beli lama dah..
Malu malu nyau kot...
Tapi dah beli,
Jangan malas pula nak pergi menyabit.

Asalkan cukup makan pakai dan keperluan anak bini...
takde hal la nak beli apapun...
Yang penting..
Dahulukan keperluan.
Lebih lebih lagi keperluan bini..
Happy wife, Happy life...
 hahaha


 

12 Comments

  1. Replies
    1. memang hensem... tapi saya tak minat smart watch

      Delete
  2. alhamdulillah, sekarang ni mcm2 dah dapat kan

    ReplyDelete
  3. tak sejuk ke air sejuk dia MY? rasanya sejuk betul rasanya air sejuk dia... sebab terasalah kesejukannya siap kuar macam wap kat luar cawan tu...
    Kat kampung memang pasang yang macamni, senang kalau emak abah nak minum air panas memalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk..tapi tak sesejuk dari dalam peti ais. ikut model agaknya

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki MY. kat rumah ni teringin juga nak pasang Coway sbb memudahkan kerja tp parents kata peti dengan dapur boleh guna lagi. so masak/sejukkan air manual je la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak MY pun cakap macam tu juga...lagi satu, minum air tapis batuk katanya,..hadehh

      Delete
  5. Aduhai MY ni, kita ingatkan siapa yang beranak baru, hihi

    ReplyDelete
  6. Semakin zaman berubah, keperluan manusia pun semakin berubah. Kalau dulu minum air paip tu bersyukur sangat dah dapat air. Sekarang mesti nak milih haha.

    ReplyDelete
  7. rumah arwah mama guna jenama ni juga..sejuk air sejuknya.
    rumah ammi guna jenama yg satu lagi tu..air sejuknya suam. tak sejuk langsung. ngek betul

    ReplyDelete
  8. Bestnya ada ahli baru yang sangat berguna tu. Sesuailah dengan ahli keluarga ramai. Dapat hadiah tu jangan segan segan menyabit kak. Hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)