Mi goreng kacukan jawa

Kadang kadang sampai tak tahu nak masakkan apa anak anak ni.
Memilih sangat makan nya. 
Yang nombor 1 makan udang, tapi tak makan sotong.
Yang nombor 2, makan sotong, tapi tak makan udang, yang nombor 3 dan 5 makan semua.
Yang nombor 2 dan 6, tak makan sotong dan udang..
Mak yang pening.

Ni masa mak yang masak,
kemain la korang nak memilih,
Nak macam tu, macam ni,
Dah berbini nanti,
Bini masak apa pun,
Sah sah telan aje.
Tak berani nak memilih.
Takut bini merajuk...hahaha

Kalau nak goreng mi,
Letak udang sikit, sotong sikit,
sebab bukan semua makan...
Rumah MY memang selalu sangat goreng mi kuning...
Ni antara makanan yang anak anak pandai makan...
Sebab tu la asyik ulang ulang yang tu aje...

Resepi Mi Goreng

Bahan bahan:

1 ½ kg mi kuning
20 tangkai cili kering - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 biji bawang besar - kisar
Segenggam ikan bilis - kisar

sekeping dada ayam dipotong dadu
2 keping fish cake -dihiris
setengah paket fishball -dihiris
5 - 6 ekor sotong - dihiris
10 ekor udang - buang kulit
3 keping tahu - dihancurkan
3 pokok sawi - asingkan batang dan daun
1 biji tomato
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sos tiram 3 sudu besar
kicap 5 sudu besar
sos tomato 2 sudu besar

Cara-cara menggoreng mi:

Setiap orang ada cara tersendiri...
MY tak terror dan tak pakar sangat memasak.
Setiap kali nak masak..
Kena google dan tengok youtube juga..
Sebab tu lepas masak letak resepi kat blog,
senang nak rujuk semula kemudian nanti.

MY panaskan minyak secukupnya.
Tak banyak sangat, tapi takla sikit sangat.
Kalau sikit sangat minyak nanti bumbunya tak masak pula.

Masukkan bahan kisar (cili, bawang dan ikan bilis)  untuk ditumis ke dalam minyak panas....
Tumis sehingga bahan bahan jadi sedikit kering dan minyak mula terapung.

Mama Yan tak letak telur, tapi gantikan dengan tauhu yang dihancurkan.
Efek tauhu hancur tu macam telur.
Dia akan melekatkan bahan bahan tumisan tu pada mi.


Kemudian masukkan isi ayam dan tauhu,
Kacau kacau sehingga ayam dan tauhu sebati...
Masukkan garam, kicap, sos tiram, sos tomato dan sedikit gula
Kemudian, masukkan semua sekali sotong, udang, fishcake, fish ball dan batang sawi.



Gaul sehingga udang dan sotong masak.
Kemudian rasa sedikit kadar kemasinan.
Kalau tak cukup masin boleh alter masa ni...hehehe


Kemudian,
Masukkan mi kuning...
Menggunakan kudrat juga ya nak menggaul mi goreng ni..
gaul kaup balikkan ye..
Jangan dicincang, nanti mi ni putus-putus.. 
kontot kontot nanti..
Eh, tapi ada orang suka mi yang pendek pendek terputus.
Ikut lah mana mana yang digemari.

Jangan lupa masukkan daun sawi dan tomato.
Kalau nak letak taugeh boleh juga masa ni...
Tapi susah anak nak pilih masa makan nanti...
Jadi, Mama Yan letak sawi aje...
Senang anak-anak nak pilih nanti.

sawi dah layu sikit,
Boleh la matikan api ya.
lepas tu, cedoklah ke dalam mangkuk hidang yang cantik cantik..
Nanti boleh ambil gambar letak kat media sosial okay...
Selamat menggoreng!







 

8 Comments

  1. Sedapnya MY. Syu pun tak suka mee kontot2. Bihun pun sama. Yang pasti taugeh nak lebih!! Ha3.

    ReplyDelete
  2. Sy pun suka mee panjang2, tapi memang rasa nak tanggal siku la menggaul mee dalam kuali tu, haha.

    ReplyDelete
  3. Pening omaknya... boh ayam jelah macam tu MY semua makan, tapi boh udang ngan sotong tambah sedap rencahnya tu kan

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mama yan.. Anak-anak Sha pun memilih makan.. Selalu masak nasi goreng lah, yang ini conform makan.. hehehe.. Anak Sha yang sulung tak makan mee.. memang jaranglah masak..

    ReplyDelete
  5. haha betul sangat bab menggunakan kudrat tu. Lenguh tangan bila masak banyak macam ni.

    ReplyDelete
  6. ammi pun sama..kalau letak resepi kat blog tu maknanya lain kali nak masak lagilah tu..sebab ammi termasuk kategori "melayu mudah lupa"..walaupun melayunya cuma separuh je.

    ReplyDelete
  7. Macam macam selera masing masing. hihi..betul jugak tu, nanti dah berbini telan je apa bini masak. Mujurlah semua makan mi kuning. Senang masak mi kuning je lah selalu. Tak pening nak fikir.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)