Lagi kisah ibu mentuaku - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 1, 2021

Lagi kisah ibu mentuaku

Kebelakangan ni masalah betul bila nak menulis...
Ada bahan takde idea...
Ada idea takde bahan...
Ada idea, ada bahan, takde mood...
Ada idea, ada bahan, ada mood, dalam jamban pula...hahaha...

Sebenarnya sangat sibuk sekarang ni...
Ajar anak anak kerja sekolah yang berlambak lambak...
Tak tahu nak dahulukan siapa dan yang mana...
Terlalu lalu lalu banyak...
Silibus kementerian pelajaran terlalu mengarut...
Ada ke darjah 2 dah belajar pasal litar, sel kering, mentol, buzzer, suis, penebat, konduktor semua tu.
Nak suruh anak anak jadi profesor unur 20 tahun ke??

Padahal yang patut ditekankan pendidikan moral, sahsiah, peribadi, integriti, akhlak anak anak terlebih dahulu...

Mak mentua atau lebih dikenali sebagai "mil" zaman sekarang kan baru lepas operation mastektomi.
Lepas operation tu... ada 2 kali kena pergi bilik rawatan kat ward Hospital Sultanah Aminah.
Hari ke 5, cabut tabung darah A,
Hari ke 7, cabut tabung darah B.
Sebelum bawa mak mentua MY ke bilik rawatan tu,
MY suruh mak mentua telan ubat tahan sakit siap siap kat rumah. 

Sebab nak godek godek kat tempat luka pembedahan tu mesti sakit nanti...
Doktor check tempat jahit,
Nampak kering dan okay katanya...
Jadi temujanji seterusnya, lagi 3 minggu akan datang.
Jumpa doktor pakar di Poliklinik HSA lah nanti.

Nampak Mama Yan macam gergasi di situ sebab mak mentua kecik je orangnya.


Sejak sebelum pembedahan hari tu lagi,
Mak mentua tak berapa ada selera nak makan. 
Lemau aje...
Makan 5 ke 6 sudu dah tak lalu.
Sekarang ni lagi la...
Taknak langsung makan ayam, ikan, telur semua.
Katanya, nanti luka bernanah dan lambat baik.
Tak nak makan nasi banyak, tak nak buah sebab ada gula.
Gula tu punca kanser.
Nak makan sayur je...
Sayur pun nak bayam dan sawi aje...

Memang la...tapi tu kalau kita makan berlebihan.
Sekarang ni masalahnya jadi tak seimbang.
Takde protein langsung.
Macam mana sel sel baru nak terbentuk.


Tadi Mama Yan masakkan sup sayur aje...
Takde ayam, takde telur, takde bilis...
Bawang, bawang putih, halia, sup bunjut tumis...
Taruk air...didihkan.
Lepas tu,
Masukkan kentang, lobak merah, anak jagung, bunga kobis...
Garam dan aji no moto sikit.
Asalnya... mak suruh buat kentang masak air je...
"Makkkk.... kentang tu bukannya sayur.
Dia sama macam nasi...
Aku campur dengan carrot dengan bunga kobis...
Makan sayur lain lain juga...
Takkan nak makan sawi dengan kobis je hari hari..."

Ye... MY cakap secara langsung aje...
Takde kias atau tapis...
Sebab ni soal kesihatan.
Taknak makan ayam, ok lagi...
Pilih pilih makan ikan, ok juga...
Tapi kalau sayur pun nak pilih pilih...
Teeettttt.... definitely not okay...

Entah siapa la yang bagitahu mak mentua Mama Yan ni...
Tak boleh makan yis, ragi atau mauripan sebab nanti sel kanser makin berkembang.
So, mak tak nak makan donut, roti, tempe, pau dan sebagainya...
Ok...layan...

Tak boleh minum minuman bergula...
Gula menyebabkan kanser cepat berkembang...
Okay... Mama Yan setuju...
Tapi kena la pastikan badan kita ada gula yang mencukupi... 
Kena la makan buah buah juga...

Masalah betul bila ramai sangat yang nak jadi pakar pemakanan.
Walhal salah seorang dari anak saudara suami ada ijazah dalam bidang pemakanan.
Yang sah sah ada ijazah dalam bidangnya...
Taknak pula dengar...hahahaha...

Kita ni kan menantu aje...
Jaga takat mana yang terdaya aje la...
Bab makan ni tak boleh dipaksa...
Betul tak?
Kalau tiba tiba betul makin teruk sebab makan makanan yang kita sediakan...
Uihhh...naya makcik...hihihi...

Semoga diberikan kesabaran, ketenangan dan kesihatan buat kami sekeluarga..
AMINNNN















 

18 comments:

  1. Org sakit ni kadang2 sensitif terlampau. Nak tegur banyak2 takut lak ye.

    Arwah mama masa awal2 dpt tau kanser pon ramai lah yg tiba2 jd pakar pemakanan. Ni xleh makan, tu xleh. Dah kenapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la.. ramai sangat pakar pemakanan yang tak bertauliah

      Delete
  2. hahaha nampak nau marahnya tu. Mak saya pun macam tu jugak, telur tak boleh makan, bilis pun kena pantang. Bila dah besar takde masalah pun semua tu. Portion je kena jaga

    ReplyDelete
  3. Semoga tahap kesihatan ur mil bertambah pulih

    ReplyDelete
  4. Tak tau nak komen apa sebab faham menjaga org sakit ni byk ujiannya. Kadang tu org bgtau nasihat/petua macam2, yg hadapnya kita so we know the situation better. Style PH, time jumpa Doc, time tu lah PH buat2 tanya benda2 yg arwah Mak kata tak boleh makan tu haha... Bila Doc cakap, arwah dengar & patuh :)

    Apapun, PH doakan dipermudahkan segala urusan, diberi kemudahan & kesabaran sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lagi 3 minggu... kalau kesihatan tak bertambah elok... terpaksa la report kat doktor bab makan ni. Harap2 semuanya baik baik aje. Tengah plan nak belikan vitamin shaklee ni...

      Delete
  5. Moga dipermudahkan rawatan MIL.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kak yan..3 tahun mak shida sakit kanser stage 3..dia pun mcm tu mula2 nya..kdg2 duk dgr ckp org yg bkn2 xde kena megena pn geram juga..gula putih tu ganti gula perang...nk mkn ayam boleh tp kalau msh baru xyah la..xdigalakkan..mkn2 sayur bagus sgt lagi2 brokoli..sayuran hijau,,

    ReplyDelete
  7. Semoga diberikan kesembuhan,seperti sediakala pada MIL

    ReplyDelete
  8. Arwah atok belah suami PC pun kanser juga. Sebelum pembedahan memang dah kurang seleranya, tapi lepas pembedahan lagi masalah nak suruh makan. kadang yang tak boleh makan tulah yang selera nak dimakan, yang boleh makan langsung tak mahu dia makan. Cabaran.

    ReplyDelete
  9. Semoga MIL MY diberikan kesembuhan segera. Kena selalu bagi semangat, borak-borak dengan dia dan buat dia happy selalu. Besar pahala MY jaga MIL yang sakit. Amiin.

    ReplyDelete
  10. Harap2 MIL MY cepay sembuhnya.

    Takde2 mood pun panjang berjela karangannya

    ReplyDelete
  11. mmg besar cabaran jg org tua yg uzur ni. tp tu laa kesabaran mmg kena tinggi. moga MIL akk terus dipelihara kesihatannya...

    ReplyDelete
  12. Dalam perenggan pertama tu betul sangat kak. Mencabar betul nak buat entry kadang. Ada je halangannya. Mak saya dulu macam tu lah, tak nak makan itu tak nak makan ini takut luka lambat elok. kadang paksa je makan. Mungkin sebab orang dulu ada pantang larang makan tu yang terikut sampai sekarang kot. Apapun semoga mak mentua akak kembali sihat. Aaminn....

    ReplyDelete
  13. Bab silibus pelajaran tu memang boleh relate.. stress betul tengok apa yang budak-budak zaman sekarang belajar.. Walhal belum waktunya pun.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad