Pengakap Kanak Kanak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 15, 2021

Pengakap Kanak Kanak

Pagi semalam hantar Moq ambil gambar untuk Unit Beruniform Pengakapnya di sekolah...
Ni untuk pendaftaran Rambu Pengakap Kanak kanak...
Ada sampai hujung bulan ni je nak siapkan buku log pengakap dia...
Mamanya yang rasa nak pengsan..
Dia wat lek wat pis je.. 

Siap cikgu bagi jambangan coklat untuk semua ahli pengakap yang nak dapatkan rambu semalam.
Terharu betul tengok kesungguhan cikgu cikgu zaman sekarang.

Hari Khamis pagi ambil lencana kat sekolah,
Hari Jumaat pagi pagi MY jahitkan.
Tak berapa kemas...
Biarkan...
Dah lewat, cincai saja...
Lagipun baju dia dah ketat rupanya...
Seluar sekolah dah senteng...
Kasut dah ketat...
Aiyoyoyo...
MY ingatkan dia makin kurus...
Sebab nampak susut...
Rupanya tak kurus pun...
Cuma dia yang makin meninggi...
Sebab tu nampak badan dia menyusut...
Padahal tak punnn...
  
Siap jahit semua lencana pukul 10.00 pagi...
MY gosokkan baju bagi dia..
Lepas tu bermulalah drama....
Topi hilanglah,
Tak reti gulung skarf lah,
Stokin tak jumpa lah,
Seluar ketat lah,
Tak jumpa tali pingganglah...
Turun naik turun naik barang tertinggal.
Ya ampunnn...
Rasa rasa macam nak je libas guna tali pinggang tu semalam. ..hahaha...

Dah kelam kabut tu MY dah malas bercakap...
Terus start kereta...
Tunggu dalam kereta buka aircond bagi sejuk sikit hati.

Dia pun kelam kabut... terus aje naik kereta tutup pintu dengan pakai setokin aje...
"Kasut mana?"
"Eh..alamak..lupa lupa"
Turun balik... punyalah lama pakai kasut...
Rupanya dia lupa kasut dia yang mana...
Dia test beberapa pasang kasut yang ada kat rak tu...
Hadoihaiii....
Boleh tak bayangkan perasaan Mama Yan macam mana semalam...
Jam kat dashboard kereta dah tunjuk lagi 5 minit nak pukul 11 pagi. 
Mujurlah sekolah dengan rumah tak jauh...
3 minit dengan kereta sampai.
 
Naik kereta dengan mata berkaca kaca...
"Kasut Moq dah ketat"
Hahahaha...
Itu pun nak hujan...
Ala kejap je Moq...
Ambil gambar aje pun...
Nanti naik sekolah kita beli kasut lain.

Begitulah ye..
Sekolah sekarang...
Beli...simpan... pakai 3 bulan...simpan...
Ketat...
Beli lain lagi...hihihi...

Lebih kurang pukul 12...
Cikgu whatsapp... dah boleh jemput anak.
MY terus la pergi sekolah semula jemput anak.
Jumpa kejap cikgu pengakap tu untuk ucap terima kasih...
Mudah mudahan...
Dapatlah Moq siapkan buku log dan video aktiviti dia...
Semoga Mama Yan berjaya menjadi pengarah video Moq....chaiyokkkk




 

5 comments:

  1. Dapat bayangkan kekalutan tu hehe... Baguslah MY boleh cool down, kalau PH dah menyinga dah haha... Sebab tu apa2 suruh dirog siapkan or test dulu sehari sebelumnya.

    All the best Moq & MY juga :)

    ReplyDelete
  2. fuhhh penuh ye lencana dekat bahagian lengan tu. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Macam2 ek lencana pengakap
    Jaman dulu2 macam dapat satu aje

    ReplyDelete
  4. Banyak betul lencana kat lengan tu. Aduhaii macam macam drama. Sabar je lah. Kesian pulak moq nak berair mata tu. Mujurlah kejap je eventnya.

    ReplyDelete
  5. Sedih kan MY.. beli kasut baju sekolah semua, pakai kejap.. PdPR.. pastu bila kena masuk sekolah kena beli baru sebab dah ketat.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad