MY Masak Begedil kentang vegetarian

Oleh kerana mak mentua MY langsung taknak makan lauk berasaskan ayam dan telur...
Mama Yan puas juga fikir fikir apa lagi makanan yang sesuai untuknya..
Tu yang terfikirkan bergedil kentang tu...
Kentang pun memang banyak kat rumah sebab boleh katakan hari hari lauk kentang tumis air ...
kentang tu mak kata sayur..
Hahaha...
dan buat kesekian kalinya MY bagitahu mentua..
"Mak, kentang tu bukan sayur, orang putih makan kentang ganti nasi"

Begedil kentang ni...
satu masa dulu...
asyik berkecai dalam kuali..
sebab belum faham teknik dan cara membuatnya..
Sekarang alhamdulillah...
Masih berkecai...
tapi dalam peratusan yang rendah lah.

Bapak mentua MY memang suka makan begedil..
makan nasi lauk begedil semata-mata pun onz..
tak kisah letak apa...
janji bahan utamanya kentanglah kan...

Tapi sebab kali ni fokus pasal makanan nak bagi orang sakit..
Jadi kita tak letak sumber haiwanlah..
Ala ala vegetarian gitu...

Resipi Begedil Kentang & Sayur


Bahan-bahan:

6 Biji kentang 
setengah batang lobak merah
1 kelopak kobis putih
2 urat daun bawang - buat bau je
1 tangkai daun sup - buat bau je
1 labu Bawang merah
3 ulas bawang putih
5 Sudu  makan tepung Bistari
Garam
3 sudu Tepung Bistari dibancuh sedikit air untuk celup semasa menggoreng

Cara membuatnya :
Mula - mula, kupas kentang dan basuh bersih. 
Kemudian potong kasar kentang, sebiji kentang tu, potonglah dalam 12 bahagian.
Semua kentang tu digoreng sehingga empuk.
Ketepikan sebentar kentang.

Hiris bawang merah dan bawang putih.
Bersihkan lobak dan hiris.
Tumis sekejap bawang dan bawang putih, dan masukkan sekali lobak merah.
Masak sehingga lobak empuk.
Angkat, toskan dari minyak dan ketepikan.

Hiris halus daun sup dan daun bawang. 
Ini untuk bau je,
Kalau nak letak daun lain pun boleh kot agaknya...
Kot la nak try letak daun limau purut ke, daun kari ke...
dah cuba nanti bagitau kat komen...
Sedap tak?
 hiris juga daun kobis...
Nak letak banyak sikit pun takpe...
Tapi ikut pengalaman, 
Kalau banyak sangat kobis, berkecai dalam kuali...hahaha...
Campurkan daun sup, daun bawang dan kobis yang telah dihiris dalam satu mangkuk gaul.
Takde mangkuk gaul?
besen kedai ECO shop sudah..

Ambil bawang dan lobak merah yang telah ditumis tadi,
tumbuk dalam lesung batu.
Dah hancur.. masuk dalam besen berisi daun daun tadi

Ambil pula kentang yang telah digoreng tadi,
Tumbuk juga...
lepas tu masuk dalam besen bersekali dengan bahan bahan lain tadi


Masukkan 3 sudu tepung bistari dan sedikit garam.
kalau taknak pakai tepung bistari... pakai je tepung gandum.
Ni untuk lekatkan adunan je..
Selalu pakai telur,
Tapi kan hari ni masak ala ala vege...
Tu yang tak letak telur.
nak tambah bahan perasa lain pun boleh kalau suka..
nak letak serbuk lada hitam ke, lada sulah ke, pati ayam ke, pati ikan bilis ke... boleh..
takde masalah..
Kita buat dia..


Dah masuk semua bahan-bahan..
Gaul sebati dengan senduk kayu...
Ye..MY pakai senduk kayu,
sebab nanti tangan berminyak minyak sebab kentang dengan bawang tu kan kita goreng dulu tadi...
Nanti tangan melekit dan lain lain lagi lah...
Nampak sangat bukan tukang masak kan..
tak suka menguli..
Banyak aje alasannya...


Bila dah sebati adunan dan bahan bahan tu...
Bentukkan la bulat bulat, dan leperkan sedikit,
Buat comel comel okay,
Baru la mak mentua sayang...
nak bagi sama besar..
MY siap skopkan guna pencedok aiskrim tau..


bancuhkan tepung bistari atau sebarang tepung untuk gorengan dengan air.
Pekat sikit ya...
Kalau cair nanti...
tak lekat pulak.
Lepas celup... terus gorengkan dalam minyak panas.
Api sederhana besar eh.
resepi asal celup dalam telur...
Tapi ni kita memang nak remove semua unsur unsur hayawan dalam resepi kita...
tu yang tukar celup tepung tu..

Tunggu permukaan sebelah bawah dah cukup garing,
baru terbalikkan begedil ok.
selagi belum garing, jangan gatal tangan nak terbalikkan..
nanti berderai dalam kuali.

Bila kedua dua belah permukaan bergeil dah garing,
Bolehlah di angkat dan ditoskan.
lepas dah toskan pon..
Kalau boleh hidangkat atas kitchen towel.
Bukan apa..
Banyak minyak tau begedil ni.
Berapa kali kena goreng..
kentang goreng dulu, bawang goreng dulu,
last sekali kena goreng lagi...
jadi memang banyak minyak,
Tapi kalau mkan tak lah naik minyak,
Mungkin cuma naik jerawat je agaknya...

Mentua MY kata..
dulu dulu kat kampung..
payah nak dapat kentang...
Pakai ubi kayu pun jadi..
ooohh... sedap ke mak?
Tak..
hahaha
Kalau dah pakai ubi kayu..
baikla buat getuk..
Ye dak..?

Ok sekian lah resipi begedil kentang acah acah sihat dari MY...
selamat menggedil





6 Comments

  1. tq bagi idea substitute celup dalam telur dengan celup dalam adunan tepung bistari.
    Ammi kalau buat begedil jarang goreng ubi..ammi kukus je. sbb nanti berminyak2

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak idea guna tepung bestari tu, MY

    ReplyDelete
  3. rajinnya akak menguli bergedil ni. tak rajin nak buat sendiri selalu makan kat kedai je..haha

    ReplyDelete
  4. Tentu ada beza rasa sikit bila celup tepung bestari. Tambah sedap tu.

    ReplyDelete
  5. betul-betul pantang ye mak metua MY

    ReplyDelete
  6. Begedil kentang pun sedap. sedap juga hanya campuran sayuran. Macam sedap pulak bersalut tepung bestari.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)