Ayam masak kicap mudah dan pantas

Kadang kadang fikir nak masak lauk apa ni boleh buat mak mak kemurungan.
Nak nak ada anak anak yang tengah sakan memilih ni...
nak taknak kenalah masak dua jenis...
Ayahnya pulak tak lalu nak makan lauk lauk sup dan goreng kunyit je hari hari...
Kesian pulak hari hari nak masak lauk yang sama macam anak anak..
Jadi masak kicap la yang paling senang kot..
Tapi buat pedas pedas sikit la masak kicapnya...
Kalau tak pedas karang,
nak kena tumbuk sambal pula...

Selalu ayam kampung MY masak rendang,
tak pun masak lemak...
Tapi sejak kahwin dangan wargajawa Malaysia ni,
Baru tahu, ayam kampung buat masak kicap pun sedap juga..
Tapi buat berkuah sikit la..
Jangan kering kering sangat.
dan pedas sikit..
Memang ngam la layan dengan nasik panas.

Mama Yan punya keluarga,
Masak kicapnya lain cara..
keluarga suami pula..lain caranya...
Mama Yan gabungkan kedua-dua cara...
Jadi la cara MY..
Suami MY tak kisah kot..
Kalau dia kisah pun,
Ada MY kisahh?
hahaha...
janji dah masak je...


Ayam Kampung Masak Kicap

Bahan bahan:

6 -7 potong ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 biji cili padi 
2 batang cili besar
halia 1 inci
1 helai daun limau purut
1 batang serai - tapi MY kehabisan serai
Kicap secukupnya
Garam sikit
Gula sikit
minyak untuk menumis
Air

Cara cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan halia. 
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
3.  masukkan daun limau purut dan serai. Tapi MY hari tu takde serai.



4. tumis sampai naik bau dan sedikit kering.


5. Masukkan ayam dan masukkan air untuk empukkan ayam.
Ayam kampung ambil masa sikit untuk empuk.
Kalau kuali ada penutup, tutup sekejap untuk cepatkan proses ayam empuk.


6. Bila air dah surut sikit, masukkan kicap. MY main agak agak je..
Lebih kurang dalam 1 satu senduk kecik je kicapnya.

7. Taruk garam dan gula sikit...
jangan banyak banyak, sebab dalam kicap dah ada dah semua tu.

8.  kacau kacau sikit bagi ayam dan kicap tu sebati.
Kalau nak letak kiub pati ayam pun boleh juga la kot.
Tapi rasanya tak payahlah banyak banyak sangat penambah perisa kan..
Tak elok untuk kesihatan. 

9. masaklah sehingga ayam betul betul empuk.
gaul dan kicau selalu bila dah letak kicap,
kalau tak hangit nanti.

10. Siap dah ayam kampung masak kicap Mama Yan.


11. Punya la banyak minyak...
Mama Yan cedok sikit buang minyak kat atasnya tu.
Ayam kampung MY ni memang jenis banyak lemak.
Sebab dia ayam kampung kacuk dengan ayam daging.
berlemak macam ayam daging tu...

Lepas buang sikit minyak, nampak ok je..
Suami MY makan je..
Dengan komen..
'Terlebih daun limau purut..'
Hehehe,
sebabnya..serai takde,
jadi MY letak daun limau purut dua helai...

Senang je masaknya kan..
Tak banyak kerja sangat...
Kesian suami..
Nasib la dapat bini kurang rajin..
Selagi boleh nak cari yang simple..
yang mudah..
Yang cepat...

Oklah... Jom buka buku resepi cari idea..
Lepas tu kita permudahkan mengikut tahap kemalasan...hahaha...
Selamat mencuba.
Tak sedap jangan marah..



 

5 Comments

  1. kalau cara emak dana ayam nya goreng dulu MY, tapi kan masak kicap gaya camne pun musti sedap hehehhe...

    ReplyDelete
  2. Memang boleh buat pening kalau macam macam selera ada. hihi..ayam masak kicaplah penyelamat sebab ayam masak kicap kegemaran ramai. Sedap campur daun limau purut. Aroma dia tu best.

    ReplyDelete
  3. Oh ada letak daun limau purut.. mmg rare ni.. angkat baunya bila masak.. kalo cara sy letak kari sesudu

    ReplyDelete
  4. Wah, ada style baru ni. Sebelah mak mentua goreng dlu baru tumis, kalo mak sendiri, tumis aje semua sekali. Pahtu biar dia reneh. Haa, gituu

    ReplyDelete
  5. Ammi pun kadang buat masak kicap gini tp x letak daun limau. Masak kicap kalau x pedas mmg suaminya makan tak bertambahlah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)