Mop Norwex

Dah lama nak beli mop baru...
Dan akhirnya...
MY memilih Norwex sebagai pembantu...
Selama ni...
Ada kakak ipar MY yang bantu kerja kerja di rumah.
Tapi sekarang,
Kakak ipar dah balik kampung jaga mak dan bapak mentua yang dah tak sihat.


Norwex mop

MY beli 1 set mop dan bulu ayam moden.
Melampau tak?
Hahaha...

Norwex

Mop dia ni...
Tak payah pakai sabun apa apa...
Pakai air je. .
Cuma basahkan sahaja kain mop tu...
Kemudian lekatkan pada tapaknya...
Lepas tu,
Terus mop.
Cepat kering...
Lantai bersih.. 


Semoga lepas ni lebih rajin mengemop lantai dan membersihkan habuk habuk dalam rumah ni...
Insyaallah Aminnn



 

9 Comments

  1. Bagus untuk lantai jubin ni. Sangat praktikal dan jimatkan masa.

    ReplyDelete
  2. semakin shining2 lantai MY lepas ni

    ReplyDelete
  3. Selamat mengemop
    Wak pun perasan ada mop macam ni kat rumah

    ReplyDelete
  4. Berkilat selalu la lantai Yan lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Berkilat selalu la lantai Yan lepas ni 😃

    Akak ada guna beberapa produk Norwex jugak, paling akak suka dan puas ati - tuala mandi. Terasa sangat berbaloi beli.

    ReplyDelete
  6. Teringin juga untuk cuba produk Norwex cuma tidak jumpa orang lagi jual di sini.
    Alhamdulillah memudahkan kerja.

    ReplyDelete
  7. Guna mop kayangan ni lagi semangat nak buat kerja kan :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)