Semai Orkid

Walaupun sekatrang dah musim keladi..
Tapi MY dan suami masih lagi menyemai orkid di halaman rumah...
Belum terjebak dengan keladi keladi...
apalagi keladi kayangan..
memang tak laaa...

Keladi yang ada kat rumah ni pun..
dah banyak yang mati dikerjakan kucing dua ekor tu...

Semua orkid ni...
Suami MY ambil keratannya dari rumah mak MY kat Raub...
Dapat dekat 20 pasu juga rasanya tu..
Dan semua tu..
Suami MY la yang semaikan..
MY malas..
Nanti tangan hitam hitam kena arang...
hehehe...

Macam biasa...
takleh ambil gambar penuh..
tu petua elak sihir kata orang,
hahaha

Variegated rubber ni, pokok baru beli bulan lepas...
dah sebulan baru ada masa pindahkan ke dalam pasu cantik...




Yang calathea ni lagi lama..
dah 3 bulan rasanya,
baru berjaya pindah dalam pasu cantik sikit...

MY suka pokok daun daun je..
Yang berbunga tak minat sangat..
Sebab MY jenis tak sabar tunggu pokok berbunga..
Yang berbunga tu biasanya pilihan suami MY...
Kalau MY yang pilih biasanya yang berdaun je...
takde bunga bunga...
tak sabar.. tak rajin..
tapi berangan nak rumah cantik..
tanam daun ajelah..hahaha..


 

10 Comments

  1. wah, cantik2nya pokok....meriah!

    ReplyDelete
  2. MY boleh geng dengan mak dana lah, dia minat pokok puding, pokok ati-ati sebab daunnya cantik... tapi sekarang dah pindah minat bung ros pulak...

    wahh tak sabarnya nak tunggu orkid tu berbunga

    ReplyDelete
  3. Rajin suami MY berkebun juga ye. Seronoklah dapat kongsi hobi
    Dah berbunga orkid tu nanti, mesti bertambah cantik halaman rumah MY.

    ReplyDelete
  4. mujur x kene lagi geng keladi hahaha

    ReplyDelete
  5. tanam pokok bunga kertas la kak yan, senang nak jaga..hehe

    ReplyDelete
  6. orkid tu fav flower idaa tauu . :)

    ReplyDelete
  7. Antara keladi dan orked.. suka lg tumbuhan berbunga

    ReplyDelete
  8. teringat kat kg suami, Allahyarhamah bonda dia tanam banyak pokok orkid, bila berbunga tu cantik sangat. Dia tanam kat rumah kami tapi tak sempat berbunga dan suami pula dah campak mana tah pokok orkid tu..huhu jer la

    ReplyDelete
  9. Orkid ni kira bunga kayangan juga. Banyak betul tu pokok orkid. saya pun suka jenis pokok berdaun. Cantiklah Variegated rubber tu kakyan. Rimbun dan besar nanti lagi cantik.

    ReplyDelete
  10. Cantik2 pokoknya MY.. sejuk tgn suami MY semuanya menjadi

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)