Dos Pertama Covax Abang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, October 4, 2021

Dos Pertama Covax Abang

Temujanji vaksin Covid abang pukul 11, tapi saja keluar awal.
Sampai dewan PPV pukul 10.
Niat di hati nak usha parking dulu. 
Boleh minum minum dulu kot. 
Rupanya.. mak aihh...
Ramai sungguh umat.

Parking penuh. 
Jalan sesak.
Penjarakan sosial?
Faham faham aje lah....

Turunkan anak dulu sementara MY pergi cari parking.
Lepas parking kereta,
MY teman la anak beratur masa kat luar pagar.
Panas terik ye walaupun masih pagi.
Sejam juga la beratur kat luar dewan.
Pukul 11 baru la dapat beratur dalam pagar dewan.
Ibu bapa tak dibenarkan masuk pagar dewan.
Pukul 11 tu, barisan kat luar dewan belum surut, 
Masih panjang lagi.


20211004_083530
Sepanjang beratur kat luar,
Cikgu cikgu sentiasa ke hulu hilir bawa air dan roti untuk diedarkan kepada pelajar.
"Pastikan minum air dan makan sedikit.
Panas ni... nanti kamu boleh pengsan."
Silap silap cikgu pun boleh pengsan macam ni...

20211004_084302
Ni masa baru sampai. 
Masih berada di hujung barisan.
Mamanya belum berpeluh sakan lagi.

20211003_132318
Lepas anak dah masuk beratur dalam pagar dewan,
Mak mak pun berteraburanlah menunggu di sekitar kawasan luar dewan. 
Dah macam gelandangan la kami bersidai di luar kedai tu.
Yang duduk di tangga,
Yang berdiri, yang bersandar. 
MY mula mula duduk kat tangga kat situ sambil baca novel Haura tulisan Ramlee Awang Murshid.
Lepas sejam, tak larat.
Kematu woih duduk atas lantai simen.
Dahaga pun iya.
Pergi beli air dan pergi kat kereta.

Untung besar la eco shop kat situ.
Mak mak ramai yang ambil kesempatan shopping sementara tunggu anak anak selesai divaksin.

Mama Yan pun tak terkecuali.
Penuh kereta shopping macam macam...
Pergi Pet Shop beli pasir kucing... beli makanan kucing... beli carrier kucing...

Pastu pergi farmasi... beli susu Ensure Gold untuk mentua, beli gauze untuk luka, dan kapas muka.

Pergi Great Zone pula...
Beli tisu, bakul sampah, dan entah apa apa lagi lah...
Harus la shopping time ada masa terluang ni kan..

Mak mentua MY dah call dalam pukul 1 tu.
Lamanya cucuk vaksin..
Mak ni risau..
Tak balik balik dari pukul 10 pergi...
Hahaha...

Lebih kurang dalam pukul 1.30 anak mesej bagi tau dia dah kena cucuk.
15 minit kemudian,
Dia call dah boleh keluar dewan.
MY suruh dia tunggu kat pagar dewan.
MY jemput depan pagar je.
Fuhhh... 
Lama gila...
Kalau dah tahu tak cukup kakitangan...
Buat apa susun ramai ramai dalam satu masa...
Dah la semua budak budak kan...
Bukannya dorang semua ada mysejahtera sendiri.
Semua nak kena borang manual. 
Jadi proses tu akan lambat 2 kali dari orang dewasa punya proses.

Memang patutla kalau ada pelajar yang pitam, pengsan, lemah, mengigil semua tu.
Lapar, panas, penat takut bercampur baur semua tu.
Program Vaksin ni dah lama dijalankan...
Sepatutnya dah nampak coraknya macam mana...
Tak sepatutnya mengambil masa sehingga hampir 4 jam.

7hb ni lagi sorang pulak nak vaksin dos pertama.
Yang ni nak kena bawakan botol air dan payung la nampaknya. 
Yang nombor 1 berdebar sebab dia ada alahan antibiotik.
Yang nombor 2 berdebar sebab dia takut jarum.
Jarum check gula yang halus kenit tu pun menangis bagai nak pengsan. 
Janganlah dia buat havoc hari vaksin nanti.
Viral kang...hahaha...
Harap harap semuanya baik baik aje...
Dan harapannya...
Suasana dewan tak crowded melampau mcam semalam lah. 


 

16 comments:

  1. wombat+duduk

    Lamanya. Hehe orang dewasa ada juga takut jarum.
    Hehe sempat beli barang 4 jam tersebut.

    ReplyDelete
  2. IMG_20210702_150243

    beratur kat luar panas lak tu ye.
    best tak novel Haura tu?? ammi belum beli lagi.

    ReplyDelete
  3. IMG20200203115106

    Allahu lamanya..kesian budak-budak beratur menunggu lama.. Semoga ada improvement la untuk next appointment nanti, Aamin..

    Yang saya suka, mamanya..macam-macam aktiviti dibuat sementara menunggu..hehe

    ReplyDelete
  4. Beautiful+pink+carnation+gambar+profile+PC

    lama tu..boleh terawang-awang mood kalau tak betul-betul..bersyukur ada solusi boleh shopping..jadi masa menunggu terisi dengan faedah.

    ReplyDelete
  5. baseball_1

    Semoga sihat selalu. Petanda tak lama lagi sekolah nak bukak tu. 😅

    ReplyDelete
  6. Retna-crop

    Ni dpt cucuk kt sekolah ye.. Tp btul la awat lama sgt tu hehe patut pihak sek dh bole agak suasana yg bakal berlaku.. Tp best nya oart mak2 le dpt soping :D

    ReplyDelete
  7. blogger_logo_round_35

    Moga layanan utk anak2 pun setara dgn adult.
    PH ambil vax hari tu, tak sampai 1 jam dah setel, anak pula lepas 1 jam masih beratur menunggu turn. After 2 hours baru setel semua :(
    Apapun moga ada penambahbaikan utk kemudahan semua.

    ReplyDelete
  8. FB_IMG_1545570899698

    ramai jugak tu . semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. 66182837_10156768362365958_6050698640400318464_n

    Alahai lamanya. .. Harap semuanya ok dan takde after effect vaksin tu

    ReplyDelete
  10. mirror2

    Moga Allah permudahkan urusan vaksin anak3 Yan. Kak Sam yg baca n3 ni pun bleh terbuai dan imagine cemana penyiksaannya dlm kepanasan, dgn mask lagi. Bila dah settle nanti rewards diri sendiri ye.. beli emas sebungkal. Hihi.

    ReplyDelete
  11. IMG20221116111244

    mak aiiii lamanya...tp x apalah...janji dpt vaksin... insya allah lps ni dipermudahkan segala urusan ;-)

    ReplyDelete
  12. latest

    lama tul tu..sian bdk2 kepanasan...ni yg ada kelar brita aritu psl bdk2 pengsan sbb beratur pjg sbb masa tu mcm info tk sepenuhnya mcm mana ntah psl walk in....smlm ank dh cucuk..alhamdulillah cpt prosesnya walaupun ramai sbb kt ppv besar kan

    ReplyDelete
  13. DP%252520Blog

    Lama betul prosesnya tu. Memang boleh pengsan tunggu lama-lama. Proses kurang effective. Harapnya yang akan datang lebih mudah dan lebih lancar. Kesian anak anak dan mak bapa kena tunggu lama.

    ReplyDelete
  14. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Alhamdulillah dah selesai.. Mujurlah mak-mak boleh buat aktiviti shopping sementara menunggu.. kalau tak jenuh menunggu kebosanan..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad