Kangkung tumis cili kering - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 29, 2021

Kangkung tumis cili kering

Masalah problem paling berat nak difikir tiap hari adalah,
nak masak apa hari ini?
Kann...
Sebab menunya nak kena sesuai dengan suami dan anak-anak..
Tapi kalau malas nak fikir menu yang sesuai,
Masak la dua tiga jenis menu.
Ada untuk suami, ada untuk anak anak.

Anak anak semua takut nak makan pedas dan taknak makan sayur.
Makannya kuah sup, kuah bening, kuah sayur lemak putih.
Tapi suami boleh je makan kuah kuah yang tak pedas ni..
Cuma lepastu,
tumbukkan sambal aje lah.
Kalau tak pedas, macam tak selera pula.
Bukanlah nak betul betul pedas pun,
Sikit sikit pun jadilaaa...
Buat tambah selera je.

Masa sebelum kahwin,
tak pernah pula MY makan sayur kangkung tumis pedas macam ni.
Selalu dulu dulu, sayur kangkung letak bawang dengan ikan bilis je untuk tumis.
lepas duduk Johor,
macam macam cara dan rupa masakan kangkung wujud.
Sebab tu lah kita tak disarankan kahwin dengan sedara mara agaknya.
Ada lah variasi dan perkembangan budaya sikit.



Resepi Kangkung Tumis Cili Kering


1 ikat sayur kangkung
3 ekor sotong
2 sudu cili kering kisar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
minyak untuk menumis
Garam
gula
ajinomoto

Cara masak:


Mula mula bersihkan dulu kangkung yang telah dipotong.

Selepas itu, siang sotong dan hiris kecil sotong.

Kemudian, kisar bawang, bawang putih dan halia. MY letak halia sikit sebab ada guna sotong. Kalau masak sayur sahaja, tak letak halia pun.

panaskan minyak ntuk tumis bawang dan cili kisar.

Cili kisar kalau ada stok boleh cedok dalam 2 sudu, Kalau tak kisar la sikit dalam 7 ke 8 tangkai kot.

Tumis sampai cili kering naik bau dan naik minyaknya.

Masukkan sotong pula.

Kacau kacau sotong dan masukkan garam, gula serta ajinomoto. Mama Yan tidak gunakan gula dan ajinomoto dalam setiap masakan. Tapi kalau masak masakan yang guna cili kering, wajib letak sedikit gula dan ajinomoto. kalau tak, memang tak kena rasa dia.

Bila sotong dah masak, masukkan sayur kangkung. Kacau sayur sehingga layu dan rata dengan kuah. Tutup api.

Sedia untuk dihidang. Senang ajekan?
senang dan sedap. ada sotong, ada sayur.
Sesuai untuk bini bini yang kurang rajin.
semua one shot.
hahaha.

Untuk orang bujang pun sesuai juga.
takyah masak banyak banyak jenis,
sekali masak je je cukup.
dah ada lauk dan sayur.


sepinggan ni,
MY dan suami tak habis makan pun.
MY masak malam,
esoknya sebelum basuh pinggan dan periuk,
Tengok nasi sejuk ada lagi,
Sayur malam tadi ada lagi dan elok lagi,
MY pun layan nasi sejuk dengan sotong kangkung.

Pagi pagi dah belasah nasi hokay..
Apa nak buat..
begitulah nasib isteri penyanyang,
nak buang sayang,
terpaksalah makan..
Lepas tu lagi lah mau tanya apasalah susah sangat nak kurus.
Padahal makan sikit je.
memangla sikit..
Tapi kan sikit sikit lama lama jadi buncit.






 

8 comments:

  1. Nampak sedap kangkung tu kalau bersambal, rasa pedas tu menyelerakan, tu yg boleh lawan dengan nasi sejuk pun jadikkk MY.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kalau dapat makan dengan bubur nasi ni..aduh.

    ReplyDelete
  3. Akak kawin sama-sama Johor, tapi merantau duduk macam-macam tempat/negeri. Akhirnya masakan akak dah tak tau masakan negeri mana, bercampur 😄. Contohnya macam lauk kangkung goreng belacan, akak padankan dengan nasi lemak.

    ReplyDelete
  4. sedap resepi ni, pernah buat sebab bahan takde nak buat kangkung goreng belacan last letak cili kisar..haha

    ReplyDelete
  5. betul, kita yang dewasa ni kalau makan lauk bebudak tu, hambar je rasa kadang hehe

    ReplyDelete
  6. ammi suka kalau kangkung pedas2 gini..eh terliur pulak tetiba sebab baru lepas makan biskut munchy je ha buat alas perut ditengahari

    ReplyDelete
  7. Tak pernah juga masak sayur kangkung tumis guna cili kering dan campur sotong. biasa guna cili api je. Sedap jugak macam tumis macam ni. Suka sayur kangkung rangup rangup.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad