Siri Laksamana Sunan : Sunan Cinta Nan Sakti

 Tajuk : Sunan Cinta Nan Sakti

Penulis : Ramlee Awang Murshid 

Penerbit : Grup Buku Karangkraf 

Jumlah Mukasurat : 662

Cetakan 8 - 2019

Genre : Thriller



Ini merupakan buku ke 7 dalam siri Laksamana Sunan ni. Kali ni mengisahkan pengembaraan Saifudin dalam misi menghantar Engku Aminah kembali ke Pagar Ruyung. Tapi dalam perjalanan, mereka diserang Ratna Sang Ratu. Engku Aminah dibunuh Ratna Sang Ratu.

Saifudin dan rakannya diselamatkan oleh sekumpulan orang kenit. Setelah Saifudin beransur sembuh, perjalanan ke Pagar Ruyung diteruskan diiringi anak raja orang kenit, Sirangka. 

Perjalanan mereka ke Pagar Ruyung menempuh pelbagai dugaan dan halangan selain dari dikejar Ratna Sang Ratu dan pendampingnya Gimbaran. Bermula dari kawasan bunga-bunga kuburan, kemudian sesat, seterusnya bertarung dengan Raja Tambuakar di Tanah Mati dan akhirnya diselamatkan oleh wali Sufi dari kejahatan Nyi Burga Kelara.

Wali Sufi telahpun sampai ke Pagar Ruyung terlebih dahulu sebelum Sadik dan Djailuh sampai ke istana untuk menyampaikan berita Engku Aminah telah dibunuh. Tetapi, ketika mereka mendapati Engku Aminah yang sebenar ada di Pagar Ruyung. 

Wali Sufi dan Saifudin mengambil keputusan untuk menghantar Ratna Sang Ratu kepada Maharani Pulau Utara. Dalam perjalanan menghantar Ratna kembali kepada bondanya Maharani, kapal mereka diserang oleh orqng orang Mias Sima. Wali sufi dan Saifudin berjaya mematahkan serangan mereka. 

Wali Sufi menetapkan syarat kepada Maharani Pulau Utara ketika memulangkan Ratna. Maharani perlu berjanji agar tidak menyerang Aceh selama-lamanya. 

Saifudin yang telah jatuh cinta kepada Ratna, mula hanyut dalam perasaannya. Kerapkali mengelamun dan hilang tumpuan. Wali Sufi membawa Saifudin pergi mengerjakan haji dan mengubati Saifudin agar melupakan Ratna. Manakala Ratna yang dihukum penjara di bawah tanah, kemurungan terkenangkan Saifudin.

Maharani mengembalikan sihir dan membutakan hati Ratna agar melupakan Saifudin dengan syarat Ratna tidak boleh ke tanah Aceh sebelum genap 10 tahun dikira dari tempoh hari menanam susuk emas ke tubuh Ratna. Jika tidak, Ratna boleh kembali mencintai Saifudin

Sementara Saifudin di Aceh menerima gelaran Laksaman Sunan oleh sultan, bapa kandungnya di Punggor pula berdepan dengan fitnah orang minyak. 

Kisah kali ni ketara tergantung untuk memberi laluan kepada siri seterusnya. Dengan perancangan Ratna nak menyerang Aceh. Dengan amukan Beragas di sebelah utara. Bapa Laksaman Sunan difitnah menjadi orang minyak. Semuanya buat rasa tak senang duduk selagi tak baca siri seterusnya.

Mama Yan dah 2 kali baca buku ni walaupun kat rak ada lagi buku yang belum dibaca... hehehe.. Kalaulah produksi kat Malaysia hebat macam kat Korea... mesti dapat dramakan siri Laksaman Sunan yang hebat dengan hebatnya kan...


5 Comments

  1. waa mama folo citer ni dah baca 2-3 kali dah

    ReplyDelete
  2. Best juga baca sinopsis cerita ni.

    ReplyDelete
  3. Lama tak layan RAM punya novel

    ReplyDelete
  4. Penulis Ramlee Awang Murshid seorang penulis klasik hebat.

    ReplyDelete
  5. Karya RAM ini luar biasa.. Teringin juga nak tengok didramakan tapi tulah, tak pasti pelakon mana yang sesuai membawakan watak Sunan tu..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)