Kisah Khamis

Tak tahu nak buat tajuk apa sebenarnya..
Sebab ni entry yang takde info apa apa ..
Sekadar catatan kosong aje.
Hari Khamis lepas MY ada meeting dengan Company secretary...
Sebab company sdn. bhd. kami dah setahun dah...
Kejap je dah setahun..
Meeting nak decide Financial Year end, pilih auditor, bincang pasal account, pasal borang E submission dan macam macam lagi. 
Dari pukul 10.30 pagi, 
sampai 12.30 tengah hari jugaklah meetingnya. 
Berkeriang keriut perut MY kelaparan.
Pagi tu tak singgah sarapan... acah acah minum Shake Me je dah kenyang kononya...

habis je meeting,
terus ajak suami makan.

So kami pergi makan kat Johny's kat Jusco Taman Universiti.
Masa air sampai,
Siap ambil gambar air nak letak kat blog.
lepas makanan sampai..
Terus ngap...lupa nak ambil gambar sebab dah lapar sangat.
ahahaha...
Blogger cap ayam betul.

Lepas makan, naik atas jap. 
Suami MY nak beli stokin.
Dah alang alang..
takkan beli stokin je..
MY beli tisu dapur sekali la..
senang nak lap lap minyak...
dan nak alas makan bergoreng.
1 paket besar terus
Dalam tu ada 6 packs kecik pulak.


Mama Yan memang suka pakai tisu dapur yang Vinda ni,
Sebab dia sekeping sekeping...
Kalu beli yang gulungan tu...
sekali jatuh...tergolek terbuka habis gulungan.
lepas tu bila nak cepat..
Payah pulak nak putuskan dari gulungan.
heh...nyampah

Acara last sekali di Jusco Taman Universiti adalah..
Singgah Poh Kong.
Orang kata jangan minta minta kat suami...
kerja atau berniaga untuk dapat duit sendiri..
Tapi Mama Yan minta aje kat suami..
Dapat ke tak dapat ke...
tu nombor dua...
Dah memang dia suami kita...
Minta aje lah.
Suami nak apa apa pandai mintak kat isteri..
"Yang, nak kopi"
"Yang, nak nasi lemak sambal sotong"
"Yang, nak asam pedas ikan mayong pedas pedas tapi taknak cili"
"Yang, picit kepala, migrain la"
tapi bila part isteri..
jangan bebankan suami..
ehhh...mana boleh gitu.
apa apa hal mintak je dulu.
Kalau tak dapat hari ni...
Bulan depan kita cuba lagi...hahaha

Harga RM 270 pergram dan upah RM50.
Berat? tak berat sangat...
Cincin belah rotan je.
Buat pemanis jari..
Cincin lama dulu semua dah tak muat..
dah lama tak pakai..
Bila nak pakai, tengok tengok cincin tu dah mengecut...
tu yang tak muat tu...kahkahkahh



 

16 Comments

  1. betul jugak tu kan. Minta je la kan. Dapat ke tak dapat nombor dua. Tak dapat sekarang, mungkin next month..

    ReplyDelete
  2. Pakat beli emas sekarang ni, harga tengah trend menurun.

    Memang suami la kena belikan, macam baju tak muat kena ganti. Cincin tak muat pun, kena la gantikan..hehee

    ReplyDelete
  3. Adooo,, memang pengubat lara penghujung kisah khamis ni..

    kita pulak bukan jenis pandai minta. Haha acaner tu? bagi tips sikit MY..

    ReplyDelete
  4. Haha betul juga tu kan.. suami asyik minta macam2, jadi tak salah kalau sekali sekala isteri pula minta something.

    ReplyDelete
  5. Wahhh...Alhamdulillah...Rezeki tu....😁

    ReplyDelete
  6. Tak pernah nampak tisu vinda tu. Saya pakai yang gulung Scott tu.
    Bagus idea tu kak, minta je. Bila dapat tu lain cerita :)
    rezeki dapat cincin tu. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Suami pun kena timbang-timbang kalau isteri nakkan sesuatu hihihiiii.

    ReplyDelete
  8. betul tu..mintak je..dapat ke x belakang ceriat yeadok haha

    ReplyDelete
  9. Waaahhh... terinspirasi pulak cara-cara utk mintak2 kat suami tu. bukan mintak brg kemas je, mintak je apa2 pun kan? tak pernah terfikir pulak.. hehehhe

    ReplyDelete
  10. Tang suami tu betoi..shida pun nk apa2 minta kat husben dulu..bg xbg lain citer hehee
    tang mkn juga betoi..kalau dah lapar..gambar ke blog ke semua hilg..mkn dlu hahaa ^_^

    ReplyDelete
  11. bila nak minta kat suami, minta yg mahal2...haha

    ReplyDelete
  12. lapar terus lupa nak amik gambar ye. mama pun kdg2 gitu gak

    ReplyDelete
  13. eh saya pun skang da start suka pakai tisu vinda tu..sama sebab dengan kak yan..ri tu beli kat shopee masa sale 3.3 untuk ofis pulak..

    ReplyDelete
  14. hahaha.. sha sokong mama yan.. kita minta je.. dapat ke tak belakang kira.. kikiki.. Kalau dia tak bagi masa tu, kemudian pun takpe.. hehehe..
    Part mengecut tu pun Sha setuju.. kiki..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)