Periuk Tekanan Noxxa

Hari tu Mama Yan cuba masak ketupat segera guna periuk tekanan Noxxa.
Alhamdulillah...
Jadi...
Cantik dan gebu gebas ketupat segera Mama Yan..
Buat saja saja...
Layan anak...
Asalnya Cik Sarah merajuk sebab lontong yang dipesan melalui food panda bercampur dengan sambal.
Terus taknak makan...
Esoknya...
Terus la melontong mamanya...

Untuk 6 biji ketupat segera saiz besar ni...
Mama Yan guna high pressure 30 minit.
Main agak agak je...
Sebab kalau pakai dapur gas...
Dekat sejam juga merebus ketupat ni.

Air letak dalam 3 suku periuk...

Ni lepas ketupat dah masak...


Kat Johor ni... selalu lontong dimakan bersama telur rebus dan sambal tumis... 
Tu kira lauk wajib la...
Lauk sunatnya pulak ayam goreng. 
Tapi minta ampun...
Tak rajin menggoreng ayam...
Jadi MY cuba nak rebus telur guna pressure cooker.
Ye...hari tu memang malas...
Tapi perut dan tekak anak anak ni...
Tak dilayan kesian pula..
Dah la lama tak bawa keluar

Ini kali pertama Mama Yan nak cuba rebus telur guna pressure cooker...
Google la berapa minit.. dan kaedahnya sekali..
Caranya...taruk tuala basah sebagai alas kat dasar periuk tu...
Lepas tu baru letakkan telur di atasnya

Mama Yan rebus 10 biji je...


Nampak tu high pressure 2 minit je...

Tapi hasilnya...
Taraaaa....
Telur 3/4 masak...
Tak jadi telur rebus pun...
Dan anak anak...
Sangatlah menyukainya...
Sebab telur merah dia tak cair macam biasa...
Tapi bulat cantik dan yang putih masak cair....
Sekelipan mata 10 biji sapan.

Oohhhh....agaknya sebab MY simpan telur dalam peti...
2 minit tu tak cukup untuk mengeraskan telur tu sepenuhnya..

Next time...
Kalau telur dari peti ais...
Rebus keras= 3 minit
Rebus 3/4 masak = 2 minit

Gambar lontongnya takde..
Lupa nak snap..
Sibuk menguruskan makan minum anak anak...
Lupa sudahnya...
Begitulah mak anak ramai...
Dia nak masak,
Dia nak bagi anak makan,
Dia nak ajar anak,
Dia nak berblog,
Dan adalah sana sini situ yang lompang lompang...
Hihihi...
Pejam mata sudah...
Takde gambar...
Korang baca ajelah blog mengarut ni...
Wassalam

 

12 Comments

  1. Biasa tidak cukup tangan. Saya pun anak-anak buah balik sini memang huru-hara.
    Hehe nasib baik telur itu jadi telur 3/4 masak dimakan juga.

    ReplyDelete
  2. memang mudah dengan noxxa, mudah kerjaan kita kan

    ReplyDelete
  3. Bila anak2 dah besar2 nanti relaxlah

    ReplyDelete
  4. sedap x kak yan ketupat segera? sama x rasa dia hehee

    ReplyDelete
  5. di rumah ada periuk ni tpi jrg guna, mmg mmpercepatkan urusan memasak

    ReplyDelete
  6. Ni dalam list juga ni. Tapi belum beli lagi. Tengah berkira kira dengan another brand. Tp periuk ni memang menjimatkan masa..

    ReplyDelete
  7. periuk ni paling function time nak masak daging hehehe cepat!

    ReplyDelete
  8. Senang ada press cooker noxxa. Alahai kenapa lah dicampur dengan sambal. Memang tak syoklah makan. Ada hikmahnya tu, dapat juga kakyan buat lontong :)

    ReplyDelete
  9. mmg mudah guna noxxa rebus nasi impit tu..

    ReplyDelete
  10. wah, senangnyaaaa... paling suka yg ketupat tuu..hehe

    ReplyDelete
  11. Baru tahu telur pun boleh rebus dalam pressure cooker pakai kain basah

    ReplyDelete
  12. nanti boleh cuba masak ketupat dalam pressure cooker ni..hehe

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)