Selamat Datang Cik Port

Sebenarnya dah lama sangat sangat dah Mama Yan cari mug baru...
Dah pandang-pandang, jeling-jeling ke sana ke situ ke sini mencari mug,
tapi takde yang berkenan di mata..
Kat shopee tu ada yang berkenan,
tapi macam tak percaya pula dengan sistem kurier sekarang ni..
Aje jadi debu sampai kat tangan karang...

Kat atas ni barisan mug yang ada kat rumah Mama Yan...
Semuanya percuma..
Dari kiri :
Mug York... Supplier air cond bagi, dulu suami Mama Yan kerja dengan konsultan mekanikal..
Mug Colagate.. Mestilah percuma dengan pembelian ubat gigi Colgate
Mug Anlene... Pasti percuma kerana membeli susu Anlene
Dan last sekali tu...
Asalnya ada 4 ke 5 biji... Cenderahati kenduri kahwin  anak buah...
Siap ada yang dah sumbing sumbing pun tu...

 
Beberapa hari lepas,
Mama Yan berjaya beli mug baru...
Yeyeahhh...
Suka sangat sangat...
MY beli 4 biji..
sebiji RM60.. 


Kiranya kalau dapat minum dalam mug baru ni...
Selalu kalau nak datang bulan tu kita bad mood kan...
haaa... kalau minum kopi dalam mug ni..
Confirm tak jadi bad mood tauuu...
dia macam pencetus hormon serotonin la gituu...


Cantikkan yang sunflower ni...
Happy gila dapat beli mug baru...hihihi...

 

13 Comments

  1. wah..cantik sgt.... harap bila minum guna mug tu..hati pun berbunga2 jugak la kan..
    have a nice day!!!

    ReplyDelete
  2. memang cantik betul... yang lain-lain percuma je sekali beli hambik rm60 sebijik, kt rumah dana pun banyak mug free heheheh... antara mug paling mahal mug disneyland hong kong yang edy beli masa ke hong kong tahun 2012 rasanya, dulu harga lebih kurang yang MY beli kot. Udah dekat 10 tahun baru tahun lepas teringin nak pakai hehehhe

    ReplyDelete
  3. klu dah suka ni, sure akan dtg lagiii yg jenis sama soon :)

    ReplyDelete
  4. cantikkkk mug bunga matahari tu MY

    ReplyDelete
  5. 60 hingget sebiji? Minum pakai mug Mahal confirm have a nice day kan

    ReplyDelete
  6. amboiiii mug kayangan ni😊 xpe sesekali reward utk diri sendiri kn? 😊

    ReplyDelete
  7. mmg membahagian la mug tu.. mama tak penah tukar mug sejak bertahun2 lagi huhu

    ReplyDelete
  8. Cik port memang cantik-cantik! Banyak jenis bunga yang saya suka.

    ReplyDelete
  9. Rumah Cik TK pun banyak mug free. Dari colgate la, kit kat la, nescafe la mcm2.

    Cik Port tu cantik!! Semua design bunganya cantik!!

    ReplyDelete
  10. Adoi.. lukisan pada mug tu lawanya..

    ReplyDelete
  11. Ohh cik Port ni mahal ni. berbunga bunga hati dapat Cik Port yang satu ni. Lain macam rasa sedap kalau minum guna mug Cik Port ni :)

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)