Korean Drama : Lovestruck in the City

 Dah habis dah cerita Lovestruck in the City kat Netflix tu... Okayla... drama ringan je... boleh la nak tengok sambil senyum senyum layan jiwang karat. Tapi jangan tengok dengan anak anak bawah umur pula, banyak kissing scene.

Cerita ni agak unik, kononnya diorang ada jalani soal selidik tentang cinta. Ada 50 orang responden, tapi cerita ni fokus kat diorang berenam pelakon utama aje lah. Ada 3 lelaki dan 3 perempuan. Sesekali ada selangan temubual dengan orang lain juga. 



Watak utama drama ni, Park Jae Won seorang arkitek, pergi bercuti di Pulau Yang Yang. Semasa bercuti tu, dia bercinta dan berkahwin olok-olok dengan Seon-ah. Park Jae Won memanjangkan cutinya dari sebulan menjadi 2 bulan tetapi terpaksa juga balik tergesa gesa kerana ada hal kecemasan di pejabatnya. Sebelum pulang mereka dah berjanji dan berjumpa di satu tempat ni



Sesampainya di Seoul, Seon-ah tak munculkan diri di tempat yang dijanjikan. Park Jae Won menunggu dan terus menunggu setiap minggu. Dia juga mula jadi penagih alkohol. Kesian dia... rupa ensem2 pun kena reject. Setiap kali dia mabuk teruk, dia akan pergi le balai polis minta polis cari Seon-ah dengan alasan Seon-ah curi kamera dia. Sebenarnya, kamera tu tertinggal pada Seon-ah masa dia hantar PJW ke airport Yangyang. Seon-ah pula tak munculkan diri di tempat pertemuan yang dijanjikan. Jadi kamera tu terus berada dalam simpanan Seon-ah.

Sepupu Park Jae Won, Kyeong Jun bercinta dengan Rin-i yang merupakan kawan baik Seon-ah atau nama sebenarnya Lee Eun-Oh. Atas dasar tu, Lee Eun-Oh terus melarikan diri dari Park Jae Won sebab dia malu kat kawan kawan dia kalau diorang tahu yang dia pernah menyamar jadi Seon-ah dan tinggal bersama Park Jae Won di Pulau Yangyang. Sebab tu dia simpan semua kamera dan filem yang ada gambar diorang kat Yangyang.

Akhirnya, Park Jae Won dan Lee Eun Oh ni berjumpa juga dalam situasi profesional sebab PJW ni leader untuk projek perasmian bangunan yang diubahsuai oleh syarikat bapa Park Jae won dan Kyeong Jun. Lee Eun O pula jadi perancang majlis dan pegawai pemasaran projek tu.


Lee Eun-oh ni dia bukan tak suka kat PJW, suka sangat sebenarnya. Tapi, dia rasa tak yakin sebab ex bf dia tinggalkan dia dengan alasan dia sangat membosankan, bodoh dan melemaskan. Dia pergi ke pulau Yangyang tu pun sebab ikut kaki melangkah je lepas kecewa dengan boyfriend dia yang curang dan ditambah pula dengan tawaran kerja dia ditarik semula selepas dia hadir untuk melapor diri.

Walaupun cerita ni ada part part yang membosankan dan bebas sangat... tapi okay je lah nak tengok sebab hero dia handsome...hahaha...





10 Comments

  1. berbelah bagi nak tengok drama ni ke tak... nak sebab nk tengok ji chang wook berganding dengan kim ji won tapi jalan cerita dia mmg bukan minat su... haih maybe one day?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni suami saya tak tengok...dia kata cerita ni asyik bercinta je.. Dah tajuk ceritanya Lovestruck..memang la bercinta aje

      Delete
  2. Ramai orang minat cerita Korea rupanya kecuali wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru lagi layan drama korea ni..sebelum ni suami saya je selalu tengok drama korea... dia suka drama lawan lawan, politik dan penyiasatan. Cerita cinta dia tak tengok

      Delete
  3. hahahahaahah betul nama pun lovestuck mesti la cerita cinta kan

    ReplyDelete
  4. mantap x lakonan kim ji won dlm cerita ni mcm dlm descendant of the sun tu? hehehe kalau mantap sy nk tgk jg ;-)

    ReplyDelete
  5. sekarang ni macam kureng sikit nak tengok kdrama yg cinta2 ni tapi sebab ada ada ji chang wook, nak try dulu..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html

    ReplyDelete
  6. Sha kalau tengok pun sebab hero dia handsome.. hahaha.. tapi banyak betul drama dengan filem tengah on hold..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok cerita ni. Ada netflix, boleh jadi pass baton drama/movie banyak best² :)

    ReplyDelete
  8. woot woot kdrama lagi..skg kan kak yan..shida rajin k drama kat tv3 tu..dah 3 drama shida layan..best giler!

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)