Baby Pandan Cakes Mix Mek Siti

Hari ni MY try la buat kek guna tepung kek segera yang beli kat Shopee bulan lepas. 
Tepung Baby Pandan ni harganya RM3.50 sahaja.

Tepung ni ada dua cara nak masak..
Sama ada nak buat Kek Moist Pandan atau Kek Span Moist Pandan..

Mama Yan buat Pandan Moist Cake aje,
Sebabnya kalau nak buat kek span kena pukul sampai kembang.
Tak rajin nak keluarkan mixer, kacau rata aje lah bahan bahan guna senduk.


Lepas tu tuangkan adunan dalam acuan 6 inci.
Acuan ni dapat percuma masa beli air fryer.

Tararaaa...
dah jadi dah Pandan Moist Cake dengan menggunakan Tepung keluaran Mek Siti...
Mama Yan bakar guna air fryer Philips je...
set suhu 180 selama 20 minit,
kemudian,
Tarik tengok dah masak ke belum..
Kalau belum masak kat dalam,
Turunkan suhu dan tambah masa lagi.
Yang ni MY turunkan suhu jadi 160 dan tambah masa lagi 10 minit.
Air fryer ni berbeza beza setiap jenama..
kena try & error untuk dapatkan tune dia

Memang sedap...lembab dan berat dalamnya..
Tak manis sangat..
Anak anak makan dan tinggalkan mama & ayah sepotong kecil seorang..
hahaha...
Suami MY pun request buat lagi...
kek garing kat luar...
lembab di dalam..
tak berapa manis...

Ok..yang ni boleh repeat beli lagi..
Cuma MY tengah berpuasa dari menggunakan kurier sekarang ni...
Biarlah reda dulu barang barang dalam setor transit kurier sekitar Pontian ni...
Dah parah sangat...





 

9 Comments

  1. murah dan sedap, berbaloi kan beli

    ReplyDelete
  2. Bila la akak nak pandai buat kek ni...blom berani nak mencuba laa

    ReplyDelete
  3. belum pernah cuba lagi yan, tapi selalu buat kek juga adunan sendiri, lepas ni boleh try beli

    ReplyDelete
  4. Senang betul membuatnya. Nak try jugalah beli tepung segera kek pandan ni. Harga pun murah.

    ReplyDelete
  5. Fuh! menjadi! sedap pula tgknya kak yan :)

    ReplyDelete
  6. Wah.. bestnya, mudah nak buat! Sedap pula tu...

    ReplyDelete
  7. Senang dna cepat.. Sha tak try lagi buat kek guna air fryer..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)