Pencuci pinggan


Saja letak kat sini...
Cari marker nak tulis kat botol date buka...
Tapi tak jumpa pula markernya... 
Ambik gambar buh dalam blog...
Buka kelmarin 3.2.2021.
Nak tengok botol 1.5 liter tahan berapa hari.
Rasa macam kerap betul beli pencuci pinggan. 

Tulah... anak anak tak ke sekolah ni kann... 
Kerja minum makan...minum makan...
Cepat betul pencuci pinggan habis...
Kena pula kat rumah ni anak anak pinggan plastik..
Kalai tak cuci betul betul...
Susah nak hilang minyak dan kesan makanan kat pinggan.
Lebih lagi yang berminyak minyak tu... 

Kalau habis laju juga..
Kena belajar buat sabun guna minyak terpakai lq nampaknya..

 

14 Comments

  1. Beli sekali besar. Haah kadang ikut jumlah orang yang duduk dalam rumah dan berapa kali kerap makan.

    ReplyDelete
  2. Apa-apa jenama pencuci pinggan mangkuk kalau saya dan suami cuci pinggan, memang jimat. Tapi bila anak-anak bujang yang cuci, paling lama boleh guna 4 hari saja. Main sabun kot di sinki.

    ReplyDelete
  3. Kalau nak jimatkan pencuci pinggan,
    guna aje pinggan pakai buang tu, tak payah basuh

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Kat rumah saya pakai Joy. Tiba2 rasa jimat banyak lepas pakai Joy.

    ReplyDelete
  5. aku pun pernah beli botol besar ni yan, murah plak time tu ada promo

    ReplyDelete
  6. Baru tau sunlight ada yang 1.5L. biasa kalau yang besar2 jumpa goodmaid kot jenamanya kalau tak silap.

    Pakai pinggan mangkuk plastik, satu lagi tapuwehh plastik ni perlu lebih teliti basuhnya.. huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. ada juga pek refill..lebih jimat

    ReplyDelete
  8. Sebut pasal pencuci pinggan ni, semalam anak dara PH kantoi hihi
    .. Dia tuang terus Sunlight tu atas, senduk, adoi bukan masukkan dlm bekas sabun. Patutlah cepat habis huhu...

    ReplyDelete
  9. Kena perhati pulak cara budak-budak tu guna pencuci pinggan. Hihi. Faham sangat kalau pinggan mangkuk plastik memang kena banyak sikit nak hilangkan minyak tu.

    ReplyDelete
  10. Sejak musim pkp tahun lepas kan, benda alah ni antara yang cepat benor habis kat rumah ni hahaha

    ReplyDelete
  11. Kalau dah banyak kali ke dapur memang cepatlah habisnya. hihi..senang catit dalam blog je untuk reference ye kak yan :)

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)