#Alive with Mama Yan


 

Hari tu ajak suami tengok filem Korea tajuk #Alive tu... Tapi dia nak habiskan drama dia dulu. 

Orang lelaki kannn.... Tak boleh tengok banyak banyak dalam satu masa...

Otak diorang takleh digest banyak banyak benda dalam satu masa....Hahaha...

So Mama Yan ajak anak anak lah teman tengok movie.

Sebab #Alive ni cerita zombi zombi...  Kena lah ada peneman....Kalau tak...

Terbayang bayang zombi tu melompat turun dari muka TV tu nanti...hehehe..

Yoo Ah-in sebagai Oh Joon-woo

Park Shin Hye sebagai Kim Yoo-bin

Movie #Alive ni pelakon utamanya dua orang je... 

lain lain tu semua macam special appearance atau cameo kata orang zaman sekarang.

Mengisahkan Oh Joon-woo, seorang pemain game atas talian yang tegar, masa tu tinggal sorang kat rumah. Mak dan adik dia keluar. 

lepas talian internet erganggu, dia tengok berita kat Tv dan barulah nampak apa yang jadi kat luar. Dari balkoni apartment dia, dia lihat orang yang dah jadi zombie menyerang dan makan orang lain. Ini menyebabkan jangkitan demi jangkitan berlaku di sekitar kawasan apartment dia.

Selepas lama terperangkap... makanan kat rumah dia dah habis, dan bekalan air dia terputus. Masa ni dia dah start berhalusinasi, dia nampak mak dan adik dia balik rumah. Masa ni Aril cakap...ni mesti dia mimpi je kan mama.

Sebab dia dah tak tahan kelaparan dan kehausan serta bersendirian. Dia ambil keputusan nak bunuh diri dengan menggantung diri dia kat tengah ruang tamu tu. Elok dia tengah nak gantung diri tu, ada pancaran laser menuju kat dia. Rupa-rupanya masih ada orang yang hidup kat kawasan rumah dia. Masa dia stalk guna drone, dia tengok semua rumah dah kena jangkitan zombie.

Dia tak jadi nak bunuh diri sendiri. Masa ni Aril tanya lagi, ada juga orang yang sanggup nak bunuh diri sendiri, Nasib baik tak jadi. aiyya... tengok dengan budak darjah 2, bersedialah dengan jawapan jawapan yang logik dan ilmiah..hahaha

Kat block seberang apartment dia tu, ada lagi yang masih selamat rupanya, seorang perempuan bernama Kim Yoo-bin. Yoo-bin nak hantar makanan pada Joon-woo, dia baling bola yang diikat dengan tali, tapi tak sampai pula ke unit Joon-woo. Tali tu dibiarkan aje tergantung dari unit Yoo-bin. 

Joon-woo gunakan drone untuk rentangkan tali antara dua unit apartment diorang tu. So, Yoo-bin dapat bagi makanan pada Joon-woo. 

Paling mendebarkan, tali yang terjuntai dari atas apartment Yoo-bin ada seorang ahli bomba yang dah jadi zombie panjat tali tu sampai ke unit apartment Yoo-bin. Si Yoo-bin pula terjatuh sebab terkena meja tempat tali tu diikat. Perghhh...MY dan anak-anak terjerit jerit tengok...takut . hahaha...

Tapi Yoo-bin selamat sebab Joon-woo kacau zombie bomba tu guna drone dan bila Yoo-bin tersedar, dia potong tangan bomba tu guna kapak. 

Joon-woo beranikan diri pergi masuk unit sebelah menyebelah untuk cari makanan. Masa pecah masuk rumah jiran ni la dia jumpa walkie talkie. Lepas tu Joon-woo pula yang bagi makanan dan juga bagi walkie talkie kat Yoo-bin.

Lepas berbincang guna walkie -talkie, diorang ambil keputusan nak keluar dari apartment dan selamatkan diri. Masa ni diorang jumpa seorang lelaki yang masih belum kena jangkitan zombi. Lelaki ni, bagi diorang makan dan minum, tapi rupanya dia ada agenda. Dia nak korbankan diorang untuk dijadikan makanan pada isteri dia yang dah jadi zombie.

Haishh... macam macam... Tapi Joon-woo ni ada pistol milik seorang polis perempuan yang dah diserang dah jadi zombie. Joon-woo selamatkan Yoo-bin dari jadi makanan zombie.. masa tu diorang dah sangat stress sebab macam takde kesudahan. diorang nak bunuh diri sama-sama. Lepas tu Aril cakap, mintak mintaklah diorang tak jadi bunuh sesema sendiri.

Sebelum bunuh diri, diorang terdengar bunyi helikopter, jadi diorang tak jadi bunuh diri dan terus bergegas naik ke atas bumbung untuk panggil helikopter tentera selamatkan diorang. Tapi malangnya... sekalian kaum zombie kejar diorang ke atas bumbung tu. Pasrah ajelahhh...

Zombie kali ni bijak bijak belaka. tak macam Train to Busan punya zombie. Dia ikut nature asal sebelum orang tu jadi zombie. Tu pasal la zombienya pandai buka pintu, pandai panjat tali, pandai berlawan segala...

Pada MY cerita zombie #Alive ni biasa biasa je la... sebab dah banyak sangat keluar cerita zombie. tapi takde masalah pun nak tengok.... Takde part yang menyentuh hati. Part yang mendebarkan pun hanya satu dua part je. 


3 ketul makhluk halus yang menemani MY tengok movie #Alive. Seketul lagi berselubung dalam selimut. 



11 Comments

  1. Adoiii! kena berteman ya MY.
    Menarik jugak jalan ceritanya nih! minat gak dengan Yoo Ah In dengan Park Shin Hye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita horror kena ada teman. Sorang2 kang rerbayang macam²

      Delete
  2. berselubung sebab takut ke tu hahaha comel je

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. suami kata tak best...tak setanding train to busan...tp pada saya ok je.

      Delete
  4. Park Shin Hye punya lakonan dah makin hebat ....

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni saya stop dulu tonton cerita Korea. Nanti cuti raya Cina nak sambung tonton... ahaks!

    ReplyDelete
  6. Haha siap berselubung dalam selimut ketakutan. Comel!!!

    ReplyDelete
  7. Dah tengok..suspen juga part zombie datang menyerang. dah hujung hujung tu tak sangka orang yg menolong rupanya ada udang disebalik mee..kesian part xada makanan tu kan.

    ReplyDelete
  8. Cerita ini memang suspen gila.. Sha tengok sorang pun terjerit-jerit.. Hahaha.. Tapi best..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)