Ikan masak kicap pedas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, May 1, 2021

Ikan masak kicap pedas

Kadang kadang fikir nak masak apa tu lebih susah dari perbuatan memasak tu sendiri.
Dengan anak kecik kecik belum pandai makan pedas...
Tak berapa reti asingkan isi ikan dengan tulang...
Tu yang asyik asyik lauk ayam goreng tu dan telur goreng tu..

Memang selalu la kalau masak ayam goreng ke, ikan goreng ke...
Nanti separuh MY cemplung kat dalam sambal, atau dalam kuah kicap,
Separuhnya lagi tinggal yang tak bersira untuk anak anak..

Kadang kadang pelik tengok anak orang lain siap boleh hirup kuah asam pedas...
Anak MY tengok kuah merah merah macam tu aje sanggup makan nasi kosong tak berlauk.
Kadang kadang pergi kenduri kendara,
Anak MY makan nasi minyak kosong je...
Orang dok pandang pandang kami tak bagi anak lauk pauk..
Masalahnya... diorang semua takkan sentuh lauk kenduri tu...
Rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah semua tu memang tak la..
Paling terer pun...
Ambil kuah dalca + kentang aje...hahaha...
Kalau majlis tu ada hidang ayam goreng...
MY sangat sangat bersyukur dan berterima kasih...

Kelmarin MY buat masak sambal kicap untuk sirakan dengan ikan goreng yang tak habis hari sebelumnya.
Kecik kecik lagi...
Memang la lauk selalu tak habis...
Tengok la 5 ke 6 tahun...
Tak cukup cukup pula agaknya...

Rasa macam tak rajin nak share resipi...
Bukannya MY ni terer masak pun...
Tapi kalau tak tulis resepi...
Macam pendek sangat pula entrinya nanti...
Tulis je la resepinya..
Tapi sukatan main campak campak aje ni...

Resipi Ikan Masak Kicap Pedas

Bahan bahan:
Beberapa potong ikan goreng
1 biji bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu cili kisar
2 tangkai cili merah besar
Kicap
Sos tiram
 3 sudu besar Susu cair
Garam

Cara membuatnya:
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili kisar masak.
Selepas itu, masukkan kicap jalen tag oren. 
Yang lemak manis tau.
Masukkan ikut kehendak hati...
Sama ada nak banyak atau nak sikit
Kalau nak sikit garam kasi lebih sikit
Masukkan juga sos tiram dan cili merah yang telah dihiris.
Kalau kering sangat, boleh tambah air ye..
Lepas tu masukkan susu cair.
Kalau taknak letak susu cair pun takpe. 
MY letak susu cair sebab ada lebih kat dalam peti ais masa buat air bandung semalam 
Masukkan ikan goreng dan gaul gaul kan ikan dalam kuah kicap ni...
Matikan api dan sedia untuk dimakan.
Tapi macam biasa... anak anak tak makan.
Diorang makan ikan goreng je.




 

6 comments:

  1. Hari ni tak tau la nak masak apa kan.....aduhai....buntu lagi...

    ReplyDelete
  2. masakan paling senang nak masak time tak tahu nak masak apa.hehe. ada manis dan pedas sekali. mantap

    ReplyDelete
  3. banyak betul dilema dalam entri ni ek..ahhahaha!

    ReplyDelete
  4. Budak kecik ni memang ada masanya memilih, takpe, nanti dia besar senang sikit. Tapi, sy ada kawan yg dah sampai tua pun tak makan pedas, hihi

    ReplyDelete
  5. Lain pula selera anak kakyan. Dapat bayangkan pening dia camne nak memenuhi selera orang lain. Pening dan tukang masak berpisah tiada. Dilema betul bab nak fikir tu.

    ReplyDelete
  6. thank you sharing resepi MY :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad