Resipi Urap Sayur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, May 22, 2021

Resipi Urap Sayur

Balik je dari pasar...
Suami MY cakap dah lama tak makan urap..
Kelapa ada tu...
Sayur pun ada sikit sikit ni...
Boleh la buat nanti...

Okay...
Tapi jangan marah la kalau tak sedap...
Bukan resipi tradisi family MY kat Pahang...
Takat ada rupa tu boleh la buat,
Tapi rasa belum tentu la...


Resepi URAP SAYUR MUDAH

Bahan-Bahan Bumbu:

2 biji bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 ulas kencur/cekur - kisar
sejemput ikan bilis (lagi sedap kalau guna udang kering) - kisar
2 tangkai lada merah (besar) - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
1 sudu asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
Garam, gula, penambah perisa jika suka
Setengah biji kelapa parut
minyak untuk menumis

Bahan Bahan sayur:
Daun selom
Pucuk ubi
Ulam pegaga
kacang panjang
salad
Kacang botol
(boleh tambah taugeh, tauhu, tempe, kangkung jika ada)

20210517_205053
Mama yan kisar pakai chopper je sebab taknak dia halus mulus sangat


20210517_223411
No. 1 daun selom - basuh, tos dan potong ukuran seinci.
No. 2 pucuk ubi - celur, ramas buang air dan potong potong
3. Daun pegaga - basuh, toskan, potong tangkai jangan panjang sangat
4. Salad - basuh, toskan dan potong potong seinci
No 5 kacang botol - basuh, tos dan potong nipis nipis
No. 6 - kacang panjang - basuh, patah patahkan dalam 2 ruas jari, celur dan toskan.
semua sayur yang dibasuh atau dicelur kena toskan airnya. Nanti airnya tak kering, tapi sayur dah lecur.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar cili, bawang, bawang putih, ikan bilis, dan cekur.
2. Tumis bahan bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau dan tumisan masak.
3. Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gaul sebati di dalam kuali.
4. masa ni boleh masukkan garam dan gulanya. Kalau suka boleh taruk pak aji sekali.
5.Gaul gaul gaul atas kuali dengan api sederhana sehingga kelapa masak dan sedikit kering seperti serondeng.
6. masukkan sayur sayuran. MY mulakan dengan pucuk ubi terlebih dahulu, lepas tu kacang panjang. dah sebati dengan serondeng tu dengan pucuk ubi, barulah sayur sayuran mentah tu pula dimasukkan.
7. masa ni MY terus matikan api.
8. Gaul-gaulkan dengan kepanasan serondeng dan kuali sahaja sebab taknak daun daun tu terlampau lecur.
9. sedia untuk dihidangkan

20210517_222952
Sengaja pakai kuali saiz paling besar kat rumah tu. senang nak godak kelapa. 
Kalau kuali kecik nanti kelapanya bersepah luar kuali.


20210517_205138
Beralaskan saprah Portmeirion hadiah dari Kak NN masa Mama Yan beli pinggan Portmeirion kat dia hari tu.
Alhamdulillah... suami MY kata sedap.
Aishh..berani dia kata tak sedap...
Ingat senang ke orang Pahang nak buat masakan tradisi keluarga JAWA JOHOR ni?.
habis segala blog dengan youtube Mama Yan belek nak buat urap untuk dia ni tauuu..
tapi.. 
macam biasa anak anak tak makan pun...
Cuba pun taknak..
takpelah... MY kecik kecik dulu macam tu juga.. dah kahwin baru kenal sayur...
hihihi


 

14 comments:

  1. mirror2

    Congrats!. Menjadi sgt tu nampaknya Yan. (Approved by Persatuan Jerman Johor.. hihi).

    Pandai dah sebut urap ye.. bukan kerabu. Haha. Very good!.

    ReplyDelete
  2. Kak%252BSeri

    sy suka urap, tapi tak pernah lagi buat sendiri, sbb sy sorg yg makan. buat kecah dapur jer, hihi

    ReplyDelete
  3. DP%252520Blog

    Sedapnya! Saya suka urap penggaga..makan ratah tu dah sedap dah :)

    ReplyDelete
  4. S__671750

    tak pernah tau pun tentang urap ni.. baru first time baca

    ReplyDelete
  5. IMG_7572

    Sekali imbas macam kerabu tapi bukan heheheh.
    Tak pernah makan lagi urapp ni, first time dengar.

    ReplyDelete
  6. .com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnd_Z5BrK_nOMdBvOO9oKpAxnKREOpSzOR2ps1PJZmMpsy4AxduwubxR2QEon_zL1LyQvSfZe2DZVU6g_-up0afSX7yhE_OXfbr4fbqx1U4SPzFY6A7-lxJDUGAwjlUg/s45-c/

    Best nampaknya tu.
    Arwah m.i.l dulu suka buat urap nih! itulah bila dia ajar Mrs. A tak dengar bebetul sekarang baru tahu erti penyesalan huhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Sedapnya! Makanan sihat dan berkhasiat! Awet muda ni kalau selalu makan begini hihihii.

    ReplyDelete
  8. picture

    Belah sini pun panggil kerabu..tak tau pun ada nama lain hehe..tgk resepi pun tahu buat kerabu ni hehee :)

    tq share resepinya kak yan :)

    ReplyDelete
  9. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Pergh!! Mengancam betul urap sayur mama yan tu.. Meh semangkuk.. hehehe

    ReplyDelete
  10. 832CF2C9-9E2E-4C60-A303-69ABED12D37E

    Berjaya jugak masaknya hehehe.. lps ni boleh masak lg

    ReplyDelete
  11. myself

    oh... rupanya urap sayur namanya... selalu tgk kt kedai2... tp xpernah msk... t.kasih share resepi

    ReplyDelete
  12. Wallpaper+ballons

    pertama kali dengar urap sayur. Kira macam kerabu sayur eh MY? Nampak sedap tu! Berkhasiat lagi banyak kandungan sayur!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad