Ahli baru dalam keluarga - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 27, 2021

Ahli baru dalam keluarga

Alhamdulillah..
semalam dah pasang penapis air Coway..
Sebab kakak ipar MY dah tak duduk dengan kami..
Takde orang dah nak tolong masak air...
sampai kering termos elektrik tu sebab semua lupa nak top up air...
Takleh jadi ni..
aje meletup nanti..
asyik lupa nak top up air...

WhatsApp+Image+2021-10-25+at+12.50.23+PM
(abaikan bahagian sinki yang bersepah)

Yang ni harganya RM132 sebulan termasuk penyelenggaraan katanya..
servis dua bulan sekali selama 5 tahun.
Kalau beli cash RM4300,
Tapi servis percuma setahun aje..
Hmm..ada yang tak  berservis nanti...

Yang ni kapasiti airnya 21 liter...
Oklah kot untuk kami 8 beranak.
Tapi,
walaupun ada air sejuk dan air suhu bilik,
air sejuknya..
tak sesejuk dari peti ais..
So, masih lagi ambil air di sini dan masukkan dalam peti ais..
hihihi...

teringat zaman takde duit dulu dulu...
togok air paip kat masjid pun dah cukup sejuk dan segerrr... 
sekarang je memilih...


WhatsApp+Image+2021-10-26+at+2.51.17+PM
Selepas bertahun mengidam..
Akhirnya suami MY beli juga jam ni...
Dah suruh beli lama dah..
Malu malu nyau kot...
Tapi dah beli,
Jangan malas pula nak pergi menyabit.

Asalkan cukup makan pakai dan keperluan anak bini...
takde hal la nak beli apapun...
Yang penting..
Dahulukan keperluan.
Lebih lebih lagi keperluan bini..
Happy wife, Happy life...
 hahaha


 

12 comments:

  1. ad2
  2. 6406225d-8868-48fa-8019-bfbe535aeda8

    alhamdulillah, sekarang ni mcm2 dah dapat kan

    ReplyDelete
  3. 20190927_082126

    tak sejuk ke air sejuk dia MY? rasanya sejuk betul rasanya air sejuk dia... sebab terasalah kesejukannya siap kuar macam wap kat luar cawan tu...
    Kat kampung memang pasang yang macamni, senang kalau emak abah nak minum air panas memalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      sejuk..tapi tak sesejuk dari dalam peti ais. ikut model agaknya

      Delete
  4. PicsArt_09-27-08.27.56

    Alhamdulillah rezeki MY. kat rumah ni teringin juga nak pasang Coway sbb memudahkan kerja tp parents kata peti dengan dapur boleh guna lagi. so masak/sejukkan air manual je la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      bapak MY pun cakap macam tu juga...lagi satu, minum air tapis batuk katanya,..hadehh

      Delete
  5. Kak%252BSeri

    Aduhai MY ni, kita ingatkan siapa yang beranak baru, hihi

    ReplyDelete
  6. photo6145643660348336891

    Semakin zaman berubah, keperluan manusia pun semakin berubah. Kalau dulu minum air paip tu bersyukur sangat dah dapat air. Sekarang mesti nak milih haha.

    ReplyDelete
  7. IMG_20210702_150243

    rumah arwah mama guna jenama ni juga..sejuk air sejuknya.
    rumah ammi guna jenama yg satu lagi tu..air sejuknya suam. tak sejuk langsung. ngek betul

    ReplyDelete
  8. DP%252520Blog

    Bestnya ada ahli baru yang sangat berguna tu. Sesuailah dengan ahli keluarga ramai. Dapat hadiah tu jangan segan segan menyabit kak. Hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad