I will follow youuu....

Friday, July 24, 2020

Unboxing Premium Starter Kit Essential Oil Young Living

Apa saja la yang tak dibeli dek aziankhalil ni...
Bekas kawan serumah join ahli...
Jadi dia racun la kawan kawan yang lain join ahli...

Mama Yan pula memang dah lama follow posting rakan rakan tentang kebaikan minyak pati ni...
Tapi teragak agak pula nak mencuba...
Kali ni nekad ajelah...

Mama Yan pilih Premium Starter Kit dan pilih diffuser Dew Drop.
Apa yang ada dalam ni?
Untuk Premium Starter Kit Dew Drop ni,
Ada:
- recycle non woven bag 1 large size, 1 medium size
- Dewdrop diffuser
- 1 box oil collection ; Lavender, Frankincense, Panaway, Lemon, Peppermint, Purification, Thieves, Spearmint, Digize, Lemon, Copaiba, RC, Ningxia Drink 60ml x 2, Thieves Hand Sanitizer, Botol sample, penutup roller
- catalog product guide, price list
- 1 tambahan essention oil - lemon

jadi semua sekali ada 12 botol Essential oil bersaiz 5ml. Setakat 2 ke 3 hari ni Mama Yan dan try diffuse 3 jenis Essential Oils dah...
Ok sangat sangat dan MY suka sangat sangat....

Hmm..tak mahal ke?
Hmmm...mahal juga sebenarnya...
tapi... nak cuba jugak... kot kot boleh kurus dan awet muda...hahaha...
Mama Yan takde la rasa nak berniaga secara serius minyak pati Young Living ni...
Cuma nak pakai sendiri je...
dan share tentang kebaikannya...
Tapi kalaulah ada orang nak beli kat Mama Yan...
Ya Ampunn...
gembiranya rasa hati...
hahaha....

Diffuser Dew Drop la yang paling sesuai untuk Mama Yan. Plastik


Yang ni ada kat lapisan bawah kotak tu

Thursday, July 23, 2020

Lisa Suririum

Perkenalkan...
Ahli keluarga kami yang baru...
Lisa Suririum atau lebih dikenali sebagai Arowana Silver Fish atau Kelisa.
Suami Mama Yan yang beli ikan kelisa ni...
Tapi macam biasalah...
Manalah dia rajin nak bersihkan akuarium...
Mujur anak anak dah boleh harap...
Jadi kerja-kerja memberaihkan akuarium memang sub kan kat anak anak aje la..

Susah betul nak ambil gambar Cik Lisa ni...
Laju betul bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini...
Dah 2 minggu lebih rasanya Cik Lisa bersama sama dengan kami...
Nampak macam serasi je...
Harap harap okaylah ye...





Wednesday, July 22, 2020

Popia mini serunding ayam

Pagi kelmarin...lepas anak anak pergi sekolah...
Sempat la menggulung popia mini untuk raya haji nanti...
Dah gulung2, masuk dalam peti tempat beku...
Nanti lagi beberapa hati nak raya...
Barulah kita goreng...

Mama Yan guna inti serunding ayam beli kat Angsana JB aje. 
Tak rajin nak buat inti sendiri...
Inti beli pun boleh la... 
Sedap juga...

Lepas ni plan nak buat kuih siput,
Takpun nak minta suami belikan kerepek kat kampung tenggayun...
Kerepek pisang tanduk makcik kat situ sedap...
Tak tengik...fresh...tak masin sangat...
Just nice la kata orang..

Dah tua tua ni...
Dah tak rajin nak buat kuih biskut biskut..
Oven pun dah rosak...
Memang biskut tunjuk aje lah...

Korang kalau popia mini ni... 
Suka inti apa?




Tuesday, July 21, 2020

Di mana semangat?

Semangat nak menulis entri baru hilang sejak seminggu yang lalu.
Lebih tepat lagi... sejak kemalangan kereta minggu lepas.
Bukan entri kat blog sahaja,
Media sosial lain pun ke laut...
Paling panjang boleh tulis 3 ke 4 ayat...
Lepas tu..blank....
adoiii

Nak up iklan Mary Kay pun takut...
Takut kalau ada orang order...
Nanti kena pos...
Itulah yang mendatangkan trauma...
Mama Yan kena langgar masa balik dari pejabat pos...

Setakat ni...
Ambil anak balik sekolah boleh la gagahkan juga..
Sebab dah takde pilihan kann....
Tapi memang takde singgah menyinggah lah.
Walaupun anak anak merengek nak beli keropok lekor dekat penjaja tepi2 jalan tu,
Nak beli teh ais boba..
Maaf anak anak...
Mama belum berani nak menyinggah mana mana...
Dari rumah berenti depan sekolah,
Lepas tu, terus gerak balik.
Rasa taknak drive kereta lama lama...
Nak balik rumah cepat cepat...

Nampak kereta nak keluar dari simpang sebelah kiri...
Terus kecut perut dan berderau rasa darah...
Hehehe...
Itu baru kemalangan kecil...
Takde kecederaan parah pun...
Macam mana lah mereka yang mengalami kecederaan parah berdepan dengan rasa trauma.

Kalau Grand Livina tu dah siap repair...
Nak kena tukar seat dan warna la kot bagi hilang trauma.
Semoga semangat yang hilang cepat cepat pulih kembali...

Pintu kereta semasa masih sihat menabur bakti

Monday, July 13, 2020

Kemalangan kereta

Langsung dari tempat kejadian...
Kereta MY kena langgar...
Balik dari pejabat pos hantar hadiah segmen blog list PKPP dan barang customer Mary Kay ...
Otw nak balik, 
Dekat simpang empat,
MY berada di jalan terus...
Kereta budak tu tak berhenti kat garisan putih..
Berdentum la...
Berpusing la Mama Yan satu kali...
Menggigil jap
Dah la hujan lebat nih...

Edited::
Mama Yan call suami terus.
Sebab rasa macam blank.
Tak tahu nak buat apa dan ke mana..
Terfikir nak balik rumah tidur dulu pun ada...

Kereta takde kerosakan enjin..
Alhamdulillah...
Cuma skirting belakang pecah, pintu dan skirting sebelah kiri jahanam...
Itu saja..
Mama Yan pula...
Takde kecederaan fizikal...
Cuma masa mandi semalam baru perasan ada lebam lebam rupanya...

Kalaulah semalam yang langgar MY tu 4wd macam Triton, Hilux, Ranger tu...
Memang arwah la kot.
Proton Saga aje dah berpusing dibuatnya..

Patutla kita disarankan selalu bermaafan...
Kerana sesungguhnya ajal dan maut itu tidak ada pembayangnya...
Habis la kereta kesayangan Mama Yan...
Belum sebulan habis bayar



Melintang la pula gambar kereta budak yang langgar tu

Sunday, July 12, 2020

MY Review : Novel ' Cinta Sang Ratu'

Tajuk Novel : Cinta Sang Ratu
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21, Kumpulan Karangkraf
Tahun Cetakan : January 2007
Jumlah Mukasurat : 555
Genre : Epik Thriller



Alhamdulillah...
Selesai baca Novel Sang Ratu selepas lebih 12 tahun memiliki...
Dari takde anak...
Sampai anak 6...
Barulah berjaya menghabiskan bacaan.

*Ini adalah spoiler*

Kisah kali ni berkisar tentang percintaan Saifudin dan Ratu Sulaman.
Selepas percubaan Ratu Sulaman membunuh Saifudin,
Ratu Sulaman jatuh cinta pula kebaikan dan agama Islam,
Sang Ratu Kerajaan Pulau Utara memeluk agama Islam, menukar nama kepada Ratna dan Saifudin menikahinya.

Maharani Pulau Utara yang merupakan bonda kepada Sang Ratu murka dan menculik kembali anaknya.
Tetapi Ratu Sulaman atau Ratna Sang Ratu yang telah menjadi isteri Saifudin tidak sekali-kali berpaling dari agama Islam.
Maharani sanggup menyihir Ratu Sulaman supaya kembali menjadi sesat seperti dahulu.

Saifudin belayar ke Pulau Utara ditemani sahabatnya, Sadik bagi membawa pulang isterinya kembali.

Manakala di abad ke 21, Haryani pergi ke Acheh yang dilanda Tsunami bagi mencari Dani.
Tetapi perjalanan Haryani ke Acheh berdepan dengan dugaan apabila dijual oleh Rajikin kepada masyarakat Manggala yang meminta korban dari kalangan perawan suci .

Dani pulang seolah olah kehilangan akal selepas dilanda Tsunami.
Kejadian itu berlaku kerana jasad dan rohnya terdampar ke kurun 15.
Dani menjadi Senggara, merupakan makhluk tawanan kepada Maharani.
Senggara dididik dan dikaburi sihir supaya menjadi makhluk pembunuh oleh Maharani.

Bagaimanapun, Haryani berjaya melepaskan diri dan bertemu dengan Dani, Saliha dan Pak Mustakim.
Pak Mustakim berasal dari Manggala, tetapi telak melarikan diri ke Aceh sewaktu muda kerana tidak mahu terus terpesong dengan kekufuran masyarakan Manggala.

Setelah Senggara dibunuh oleh Saifudin, roh dan ingatan Dani kembali seperti biasa.
Pak Mustakim mati dibunuh kumpulan serigala jadian di perkampungan Manggala.
Rajikin pula membawa lari baka awal Manggala dari perkampungan itu kerana percaya baka awal Manggala itu boleh memberikannya kekayaan.

Akhirnya, Saifudin berjaya menjejaki isterinya Ratna Sang Ratu dengan bantuan Katiswara, kekasih lama Maharani atau nama asalnya Ananta.
Amat sukar Saifudin bertarung dalam kesakitan kerana luka akibat panahan sihir Ratna Sang Ratu semakin parah apabila Ratna kembali menjadi Ratu Sulaman.

Ketika Saifudin berjaya membebaskan Ratna Sang Ratu dari belenggu sihir, 
Maharani melontarkan pedang untuk membunuh Saifudin.
Ratna menghadang dan menolak Saifudin daripada pedang Maharani.

Ratna Sang Ratu pun mangkat meninggalkan Laksamana Sunan. 
Laksamana Sunan berjaya menyingkirkan sihir dari Maharani tetapi tidak sampai hati membunuh Maharani kerana Maharani adalah ibu mertuanya.

Saifudin berhasrat untuk pulang kembali ke Tanah Melayu dan berdakwah sepanjang perjalanan.

Kesian Laksamana Sunan...
Zaman remaja suka kat Melor, tapi dikhianati Melor dan ayahnya.
Lepas tu suka kat Haryani, tapi hidup berbeza zaman, terpaksa melepaskan Haryani kembali ke zaman asalnya.
Kemudian, kahwin dengan Ratna Sang Ratu...tapi isteri pula meninggal dibunuh ibu sendiri

Tiba tiba rasa cerita korea The King: Eternal Monarch tu tiru cerita Laksaman Sunan ni,
Boleh melangkaui zaman situ sana sini...hqhqhq

Hishhh...asal nak tekan huruf 'a'...asyik la tertekan huruf 'q' ...lantaklah situ. Pandai² lah bayangkan gelak ketawa MY.

Sekian, wassalam



Saturday, July 11, 2020

Makan emas


Saya tak minta banyak banggg...karipap je...

Karipap sebiji pun takkan tak boleh bangg..

Saya ingat nak order kerepek bawang ajelah untuk raya haji ni. Dalam 20 gram cukup lah...

Pulut dakap saya tahun lepas elok lagi... tahun ni tak rasa nak pulut dakap dah.m

Saya tak kisah.... biskut tawar pun boleh bangg

Cantik cantik dan besar mata petai tu bang, teringin saya


Kalau roti ban ni, yang tawar pun sedap

Alalalatok...alalalatok tok..
Jangan saman...tolong...



Sekianlah dialog makan emas sebab tkde entry...hahaha

Friday, July 10, 2020

Operate atau normal?

Anak nombor 123,
Mama Yan bersalin normal..
Anak 456 pula melalui pembedahan...

Bagi Mama Yan...
Dua dua sakit...
Dan dua dua ada risiko...
Lepas bersalin anak kembar nombor 4 & 5 melalui pembedahan, 
Memang rasa dah taknak bersalin lagi...
Tapi sangkut juga nombor 6 walaupun dah cukup berjaga jaga...
Rezeki kannn...

Masa nak bersalin nombor 6 tu,
Terus minta jalani prosedur ikat tube, 
Sebab memang taknak mengandung dan bersalin operation lagi....

Melalui pembedahan memang tak rasa sakit meneran,
Tapi proses penyembuhan pembedahan tu sendiri ambil masa bertahun tahun untuk betul betul sembuh.
Parut pembedahan di perut Mama Yan dua kali kena jangkitan kuman...
Sakit, berdenyut, bernanah...
Sedangkan kalau bersalin normal sebelum tu...
Habis 40 hari dah boleh kayuh basikal.

Jadi,
Kalau kita tak rasa, jangan mengata..

Hiburkan hati sendiri,
jangan sampai lukakan hati orang lain

Thursday, July 9, 2020

Kenapa suka selfie?


Sebagai bini orang yang suka berselfie...
Tak terlintas di hati ini nak mengurat siapa-siapa...
Atau nak menunjuk kat siapa-siapa yang khusus...
Selfie sekadar nak tunjuk kita ni manusia biasa dan Rakyat biasa,
Bukan scammer,
Bukan fake...

Penting untuk bina network..
Boleh ke percaya pada orang yang hari-hari tunjuk gambar dari Google?
Guna gambar orang lain mengaku diri sendiri...

Selagi tidak menjejaskan maruah dan akidah,
Mama Yan takde masalah tengok gambar selfie kawan-kawan...

Lagipun...
Dunia media atas talian ni,
Kita boleh buat pilihan sendiri,
Tak suka tengok,
Boleh unfollow,
Boleh unfriend,
Dan boleh block juga...
Atau uninstall aje...
Pergi baca surat khabar Harian Metro sana...

Suami Mama Yan okay je pun tengok Mama Yan upload gambar selfie kat media sosial...
Asalkan tak melampau batas seorang isteri dan Muslimah...
Rasanya dia memang ok je...
 
Selfie bukan hakmilik eksklusif orang bujang sahaja ye...
Kami bini bini orang ni pun...
Teringin juga nak guna beauty apps kat henpon lah...hahaha...

Selamat pagi Sayang

Ayah suruh salam sebab ayah dah nak pergi kerja...
Dia boleh melompat pulak atas badan ayah...
Nasib baikla ayahnya masih gagah nak menyambut...

Beberapa hari ni macam tak berapa nak ada story,
So upload jelah gambar dua beranak ni...
Tapi...gambar suami...
Memang kena tutup sikit...
Itu kita namakan menjaga privasi famili...hahaha...

Wednesday, July 8, 2020

Beauty Review :Mary Kay Sheer UV Defense Milk SPF 50+/PA+++

Yess...
Mary kay dah ada keluarkan sun screen sendiri...
Sekarang,
Kalau suami ajak temankan dia pergi kebun ke...
Pergi site ke...
Mama Yan pergi menemaninya dengan penuh kerelaan...
Dah tak takut kulit terbakar dan rosak lagi dah...


Ada dua jenis, Sheer dan Invisible


Invisible ni untuk kulit kering.
Sesuai juga dibawa ketika bercuti ke tempat sejuk.

Sheer pulak sesuai untuk orang kulit berminyak, kombinasi, atau musim panas.

Ni turutan dalam penggunaan skin care. Sun care last sekali sebelum pakai make up



Selaran matahari tak berakhir dengan sunburn semata mata aje ye...
Ia merosakkan kulit sehingga ke lapisan dalam kulit tu.
Jadilah kulit kita cepat berkedut dan berpigmentasi



patutla kulit Mama Yan nampak tua dari usia...


Jadinya,
semalam Mama Yan dah rasmikan guna Mary Kay Sheer UV Defense Milk SPF 50+/PA+++ untuk pergi berpanas di site baru.
Baru usha usha site je...
Belum pasti lagi masuk ke idokk...
belum cukup hati kering nak caras kerja orang sebenarnya...
Takpelah..
kita serahkan urusan rezeki tu pada Allah Taala...
Just follow the flow..



Tuesday, July 7, 2020

Awesome Spray


Dalam dua minggu lepas,
Habis pokok-pokok kat laman rumah ni rongak rongak daunnya kena serang serangga apa entah namanya..
sakit hati betul Mama Yan dibuatnya tau...
Sembur dengan air bawang putih la konon konon nak bagi ulat tak suka...
hmm..tak jalan.
merugikan bawang putih nak karen blender aje..

Pokok kaduk yang rongak daunnya

Dari jauh nampak subur

Tengok dekat...rongakkk

Habis kena makan...

Ni la serangganya...banyak pulak tu

Pokok cili kena serang benah pulak

Try la guna Awesome Spray

Mama Yan beli kat kawan RM20 sebotol...
Belinya sampai 5 botol..
Biasala...tamakkk...
Setakat ni..
Alhamdulillah..
Memang puas hati guna Awesome spray ni...
Dalam seminggu ni...
serangga terbang terbang yang makan daun kat laman ni dah berkurangan sangat-sangat.

Pagi tadi,
Mama Yan belek-belek pokok kat laman..
tengok ada sekor je serangga terbang tu.
Benah kat pokok cili pun dah takde...
Suka sangat spray ni...
Boleh sembur kat tumbuhan tanpa melecurkan daun pokok..

Katanya...
bahan bahannya semua guna bahan organik...
sebab tu tak bahaya untuk pokok...
Lagipun,
rumah Mama Yan kan ramai budak kecik..
memang sesuai la pakai spray dari bahan organik macam ni...
Memang tak rugi la beli...

nanti nak beli lagi bawa balik kampung...
Barang baik kita kena kongsi...hahaha

Thursday, July 2, 2020

Kad Pengenalan Abang dah Siap

Alhamdulillah...
dah siap kad pengenalan si Abang ni..
Setengah jam je waktu prosesnya...
temujanji kami pukul 10.40 pagi...
Pukul 12 tengahari dah selesai dan dah beredar dari UTC...
Mudah betul zaman moden ni..

Zaman Mama Yan buat IC masa darjah 6 dulu...
Kena buat gambar hitam putih dulu kat kedai...
Gambar 3 hari baru siap..
lepas dah siap gambar...
Baru pergi ke JPN...
3 bulan kemudian baru siap IC nya...

Buat kenangan lah gambar kat Galleria Kotaraya ni...hihihi...




Oh ya...
untuk buat IC baru umur 12 tahun ni..
Untuk musim PKP ni jangan lupa buat temujanji dulu...
Lepas dah buat temujanji,
Jangan datang lewat pulak..
patuhilah temujanji..

Jangan lupa bawa :
  • Surat beranak asal kanak-kanak
  • Salinan surat beranak kanak-kanak
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Salinan bil utiliti semasa jika alamat berbeza dari kedua dua kad pengenalan ibu bapa.
  • Pen hitam untuk isi borang
Macam MY semalam, 
suami kena pergi kaunter TNB kejap..
print bil TNB untuk pengesahan alamat rumah baru..
Alamat kat IC mama dan ayah dia, surat beranak dia semua alamat rumah lama...

Mama Yan ikut juga pergi UTC,
tapi tak masuk JPN..
Pergi tabung haji kejap.
nak kemaskini buku akaun tabung haji kononnya..
Rupanya,
Kemaskini dah tak pakai buku..
Bagi IC je...
Makcik ketinggalan zaman rupanya...hihihi

Sekian wassalam..






Giveaway by ejulz & mamapie


Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.


Tarikh Tamat : 15 JUL 2020

Wednesday, July 1, 2020

Keputusan Blog List PKPP at aziankhalildotcom

Alhamdulillah...
Semalam berakhir lah sudah Segmen Blog List anjuran Mama Yan...
Buat seronok seronok je...
Dah 10 tahun kot ada blog ni...
Takkanlah sekali pun tak pernah buat segmen kann...
Asyik join segmen orang je...
Teringin juga nak anjurkan segmen sendiri...














Ok Mama Yan cabut nama pemenang guna kaedah manual aje.
Potong potong kertas bernombor... nanti cabut aje..
Kita tengok siapa yang kena...

Mula mula Mama Yan keluarkan nombor 1 sampai 5 dari kotak cabutan. 
pilih 5 nombor untuk disenaraikan dalam Blog List...
No 1 sampai 5 memang dah automatik masuk dalam senarai blog list kann...



https://www.vitaminkesihatansejagat.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html

33. Nur Asyiqin
https://nurasyiqin201.blogspot.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html

7. Ombak Bergigi
http://www.ombakbergigi.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html

22. Misya
http://www.aimisyahirah.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html

28. bella 
https://nursyabillamurad.blogspot.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html 


Kemudian untuk cabutan Mary Kay Oil Free Make Up Remover pula...
Mama Yan masukkan semula semua nombor nombor yang dicabut tadi dan nombor peserta 1 sampai 5..
Goncang goncang mini luggage Mary Kay tu secukupnya...
Cabut satu nombor,
MY dapat nombor 16


16. At-Tarmizi
https://at-tarmizi.blogspot.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html - 
Nanti emel detail penghantaran kat MY okay


Alhamdulillah...
Selesai sudah Segmen Blog List PKPP Mama Yan..
Eh macam best pulak buat segmen ni..
Nak buat lagi lah nanti..
Hadiah Mary Kay lagi lah kot..
Dah kita beauty consultant Mary Kay kann..
takkan nak hadiah tukul pulak...
Eh..why not juga kan..
Tiba tiba yang menang lelaki pulak ni ha,..
Gasak menonyoh make remover...Hahaha

Tahniah kepada yang berjaya...
Yang tak dapat hadiah Mary Kay...
Insyaallah akan ada segmen lagi..
Takpun kalau ada yang mau kolaborasi...
Boleh PM tepi Mama Yan...

Set Mainan Saidina

Belum habis study undang² permainan


Mama Yan dah lama sangat sangat nak beli set mainan Saidina ni...
Sejak zaman kanak-kanak lagi dah teringin sangat nak memilikinya.. 
Selalu je nampak kat kedai alat tulis..
Memang pegang...angkat..letak balik...
Berbelah bahagi nak beli dengan tak beli...
Kali ni...
Tak kira...
Jalan jalan kat cuci mata kat Shopee...
Buy Now dan terus bayar...
Yeay...
Akhirnya ...
Impian zaman kanak kanak terlaksana juga...
Dapat pun memiliki Saidina ni...
Biarlah dah tua pun...
Tetap nak juga ...
Boleh la nanti main dengan anak anak...

Masa Mama Yan dah masuk U...
Adik adik ada beli mainan jutaria tu...
Yang kotaknya gambar orang botak tengah tu...
Harga tak sampai 5 ringgit rasanya....
Tapi tu lah...tulisan cino...hahaha...
Tak berapa paham... patut kena bayar...
Kita lagi ambik duit bank...
Bank pun bankrap macam tu...
Hihihi...
Tapi itu pun dah cukup meriah dah rumah...
Bila cuti semester,
Balik kampung layan la diorang main board game ni semua...
Sampai ke tengah malam masih tergelak gelak...
Last last...
Kat luar kat luar rumah ada yang tolong sambung gelak..
Berterabur semua lari masuk gebor masing masing...
Esoknya tak main dah sampai lewat malam...

Haishh...kenangan sememangnya hanya mampu dikenang sahaja





Ulangtahun Pernikahan ke 15

Alhamdulillah... hari ni genap 15 tahun Mama Yan dan suami dinikahkan.
Memang penuh suka duka ketawa dan air mata jugak lah 15 tahun tu...

Masa mula mula bernikah...kami duduk berasingan.
Suami di rumah sewa yang kilang dia sediakan di Tongkang Pechah, Batu Pahat...
Mama Yan pulak duduk kat kolej la...sebab masa tu masih study lagi kat UTM.
Buat degree aje tak habis habis... aje cemana lah dak sunah sakura tu buah master dgn phd? Fitem makcikk...hahaha...

Lepas tu...
Suami MY dapat kerja kat kilang Beyonics Technology kat Kulai...
So, kami menyewa kat Taman Universiti...
MY dah semester akhir dah masa duduk menyewa kat Taman U dengan suami ni...

Bila tengok gambar kat bawah ni...
Memang teringat betul keadaan masa mula mula duduk menyewa dulu...
Rumah kami memang kosong...takde perabot apa²..
Kami pindah masuk dengan sebiji rice cooker, kuali sebiji, periuk sebiji, pinggan mangkuk cawan untuk 2 orang, dapur gas 2 tungku, tong gas, radio, karpet alas tido, bantal, beg baju...

Walaupun serba kekurangan...
Tapi memang bahagia sungguh masa tu...hahaha...





Masa tu makan pun bercatu dan berjimat cermat...
Lagipun... Mama Yan belum reti masak sangat...
Cuma pandai masak nasi goreng, masak sardin, masak lempeng, telur dadar, goreng² sayur macam kobis, sawi, kangkung tu bolehla...
Jadinya, tiap tiap hari Mama Yan masak nasi goreng untuk suami bawa bekal...
MY pula makan nasi goreng dulu sebelum pergi kuliah.

Pernah sekali time kuliah...
duit dalam bank tinggal RM20 lebih...
ATM pula kehabisan note RM10...
Boleh keluar RM50 aje masa tu.
Duit langsung takde...
Perut dah lapar...takpe lapar boleh tahan lagi...
Tapi haus tu...aduhai...kering tekak. 
Botol air dah licin...
Teguk aje lah air kat Masjid Sultan Ismail tu sambil ambil wudhu...
Huhuhu...kemain sedap rasanya....nikmat.
Tapi bangun tido esok pagi sakit tekak.
Pengalamankan....

Alhamdulillah...
Sekarang dah tak susah macam dulu...
Tapi taklah senang lenang sangat...
Cukuplah segala kelengkapan, makan minum dan pakaian...

Bagi yang belum berkahwin...
Janganlah tak nak kahwin sebab belum cukup itu dan ini.... 
Percayalah rezeki selepas kahwin tu ada...
Yang penting...
Sama sama usaha dan berdoa selalu ok...
semoga Allah merahmati dan mengurniakan segala kebaikan kepada kita semua...
Aminnn

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular