Ketupat kami - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, May 15, 2021

Ketupat kami

 Hari raya kan... jadi entry pun berkisah tentang raya aje lah.... maklumlah kali pertama raya di perantauan. 

20210514_114702
Macam macam rupa dan bentuk ada. 
Mama Yan tak terror sangat buat ketupat ni,
Tiap kali siap,
Lain lain rupa yang jadi...
Bila dah dapat tune,
Barulah dapat bentuk yang sama..

20210514_114636
Daripada 100 helai daun yang dibeli,
Dapatlah 90 biji ketupat.
10 helai lagi reject sebab koyak masa raut dan 4 helai darinya jadi keris

20210514_114431
Ada beberapa biji yang pecah dalam periuk sebab overload.
Jadi buburla dalam periuk tu.. 

20210514_114258
Banyak sangat isi berasnya...
Semua pakat pakat jadi incredible hulk.


20210514_114223
Dalamnya pun macam tak berapa jadi...
Kalau yang jadi elok pun,
Dia punya keras...
Baling dinding mantul, dinding yang retak agaknya
Begitulah raya tanpa ada mak ayah di sisi..
Rosakkk...

Walaupun keras...
Walaupun tak jadi...
Walaupun tak sempurna...
Kami telan juga...
Itulah rezeki raya kami...

Dapat bersama di pagi raya lengkap bersama suami dan anak anak dah cukup bagus. 
Ramai pasangan yang tak dapat bermaafan bersama di pagi raya kerana tuntutan tugas dan pengorbanan demi agama dan negara...



9 comments:

  1. wombat+duduk

    Haah kena makan juga. Mungkin makan dengan yang berkuah supaya lembut.

    ReplyDelete
  2. Untitled%252520design%252520%25283%2529

    selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. DP%252520Blog

    Alhamdulillah..walau apa jadinya, kenangan raya PKP. saya pulak teringin tapi tak dapat pulak ketupat daun tahun ni.

    Selamat hari raya kakyan. Maaf jika ada salah dan silap.

    ReplyDelete
  4. 20200302_211551

    Memori indah ni Yan...

    Rajin buat ketupat asli gini pun dah sangat terbaik 👍

    Selamat Hari Raya Yan.

    ReplyDelete
  5. blogger_logo_round_35

    Ketupat daun ni sedap. Kama tak anyam daun kelapa. Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. S__671750

    waaaa.. tak ramai pandai buat ketupat mcm ni dah skrg ni

    ReplyDelete
  7. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Hehehee... kenangan betul buat ketupat raya!

    ReplyDelete
  8. sfasf

    helok kejadiannya.. saya surrender dulu la buat ketupat ni..
    x jadi2 berapa kali belajar pun x menjadi..

    ReplyDelete
  9. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Sha memang surrender awal kalau anyam dan masak sendiri ketupat macam ini.. Memang tak jadi.. hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad