Selipar raya - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, May 2, 2021

Selipar raya

Tahun ni kami anak anak takde kasut raya...
Dah lama sebenarnya takde kasut raya ni...
Sebab bila beli kasut..
Pakai sekali dua je kasutnya...
Lepas tu kasut tersadai...
Suruh pakai dah taknak...
Tak selesa katanya...
Lama lama dah tak beli kasut raya dah...
Belikan selipar baru je dekat dekat nak raya...

Selipar raya pun dah beli awal sebelum abang naik sekolah hari tu...
Malas nak bersesak sesak shopping dekat nak raya nanti..

Ni ada pula ura ura Johor nak dikenakan PKP sekiranya angka Covid terus meningkat.
Terus hilang mood nak shopping mana mana yang belum lengkap...
Kesiannya anak anak nombor 3, 4 dan 5 tak rasa suasana sebenar hari raya...
Tak rasa jemaah terawikh kat masjid,
Tak rasa solat raya kat masjid kampung,
Dah la tahun pertama belajar puasa...
Semoga Allah lenyapkan Covid dari muka bumi ini cepat cepat
..


 

6 comments:

  1. Sama lah kak yan, kasut pakai sekali dua macam tu je, baik beli selipar / sandal. Memang pakai selalu hehehe.
    Aamiin aamiin ya rabbal alamin, semoga covid cepat cepat berakhir. Takut rasa dengar dan baca kes yang meningkat setiap hari.

    ReplyDelete
  2. Seliper raya jangan seliper jepun sudahlah

    ReplyDelete
  3. Untuk Aiyan pun tak beli lagi sandal ke selipar raya, Hujung minggu malas nak keluar mesti sesak sana sini...

    ReplyDelete
  4. mood raya dah semakin kurang sejak tahun lepas lagi.ini kes makin meningkat lagilah mood raya merundum. ura ura pkp tu nanti tak boleh nak rentas daerah pulak. macam beraya di rumah je lah. kesian anak anak baru belajar puasa tak dapat nak meraikan raya sebenar. semoga semua ni cepat berakhir. aaminn..

    ReplyDelete
  5. HAHAHAHAAHAH... semuaaa simpan kasut dalam almari senang :)

    ReplyDelete
  6. Sha pun beli selipar je untuk anak-anak nie.. kalau beli kasut, stor yang pakai.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad