Kuey teow goreng - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, October 18, 2021

Kuey teow goreng



Kuey teow goreng antara salah satu makanan kegemaran Mama Yan..
Suka sangat kuey teow goreng ni tau..
Tak tau nak describe macam mana dia punya suka tu..
Tak kisah la goreng kering ke, goreng berkuah ke, goreng kawah ke.. semua sedappp!

Tapi.. kat rumah MY, 
MY sorang aje yang suka kuey teow, yang lain semua tak suka..
Anak anak langsung tak sentuh...huhuhu..
Sadis punya memilih anak anak MY ni...
Dah la diorang panggil kuey teow ni mi petak.
Sabar aje lah..

Masa MY kecik kecik dulu..
Kuey teow ni dibeli dalam saiz yang besar,
Nanti abah akan potong potong kuey teow tu ikut saiz yang dikendaki.
ALahai.. rindunya masa kenangan masa kecil dulu.

Hari tu ada adik dan kakak ipar Mama Yan datang rumah tolong jagakan mak mentua dalam 2 malam..
Jadi MY ambil kesempatan ni untuk goreng kue teow kat rumah...
Barulah ada ramai sikit sekufu nak makan.
Suami MY belikan dua paket kue teow dan suruh masak kedua dua paket tu...
Kita ikut aje lah kann...
Rupanya..
Dalam paket tu dia jadi mampat,
Bila dah digaul, dah digembur, haaa engkau..
Sekuali besar.
hahaha..
Sampai esoknya tak habis, sambung buat sarapan.



Kueteow Goreng

2 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
15 tangkai cili kering - kisar
sejemput ikan bilis sebagai penambah perisa - kisar

5 ekor sotong - hiris
udang secukup keluarga - buang kulit
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu kicap lemak manis Jalen
Garam
seikat sawi
2 cekut taugeh

Cara cara MY masak kuew teow goreng:


1. Sebelum buat bumbu, MY siang taugeh dan sawi terlebih dahulu.
Taugeh tu MY buang dulu ekornya. Lepas tu basuh dan letakkan dalam penapis supaya airnya tos.

2. Lepas tu, Basuh sawi.
potong potong sawi dan asingkan antara daun dan batang.
Masukkan dalam bekas bertapis juga ye supaya airnya tos.

3. Lepas selesai kisah  sayur, MY potong cili kering untung buang bijinya. Kemudian MY kisar cili kering, bawang dan bawang putih. 

4. Letak ikan bilis sikit sebagai penambah perisa. Acah acah pakai kiub pati ikan bilis la... Tapi yang ni kita pakai ikan bilis betul kisar sekali. Nanti rasa dia lemak lemak gitu. Takyah la letak kiub pati ikan bilis ke, kiub pati ayam ke...Lepas kisar, ketepikan kejap.

5. Kemudian, bersihkan sotong dan udang.
Sotong dibuang mata dan gigi dan dakwatnya.
kemudian hiris hiris badan sotong ikut saiz yang sesuai.
Udang pula, MY siang siap buang kulit.
Senang nak makan nanti, tinggal suap aje.
Takyah sepah sepah kan kulit udang kat tepi pinggan.

6. Basuh kuey teow dengan cara letakkan dalam bekas bertapis dan buka paip. leraikan kuey teow dari gumpalan gumpalan tu supaya mudah digaul dalam kuali nanti.



7. Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan minyak.

8. Tumis bahan kisar dalam minyak panas sampai cili masak dan terbit minyak. 


9. Lepas tu, boleh la kita masukkan sotong dan udang pula. Kacau rata.
Masukkan segala jenis sos.
Sos tomato, sos tiram, kicap dan garam.
Nak taruk MSG, sos cili dan gula boleh juga..
Ikut kepala dan selera sendiri.
Masa ni letak batang sawi, supaya batang sawi masak dan lembut sikit.
Kucar rata rata dan rasa sikit dan ngam ke belum rasanya.


10. Selepas tu,
Boleh la kita jatuhkan kuey teow kita ke dalam kuali.
Godaklah dengan sepenuh belaian jiwa ya.
Sebab, MY tak suka kuew teow tu putus putus.
Suka dia macam bertali tali lagi...
Jadi, MY kacau kaup balik kaup balik aje.
Masa ni,,
huish..keluar segala muscle muscle...
hahaha...
Maklumlah tak pernah buat kerja berat.

11. Akhir sekali,
masukkan daun sawi dan taugeh.
Kacau rata dan matikan api.
Alhamdulillah..
Siap dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga...


  

5 comments:

  1. Budak-budak kadang tak suka texture dia kot MY, sebab si Aiyan pun kurang suka kuetiau ni... kalau makan pun sikit je sebab terpaksa

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau makan ada geng, makan bertambah-tambah jadinya hehe....
    PH pun suka masukkan tauge sekejap je, pastu tutup api sbb nak rasa rangup tauge tu.

    ReplyDelete
  3. Mrs. A pun tak berapa suka sangat kueyteow goreng. Tapi kalau dah takde pilihan boleh aje layan. Kueyteow MY tu nampak sedap la...

    ReplyDelete
  4. Sedap kuetiau goreng. Kena ada kucai dan taugeh baru sedap. Ada kerang lagilah sedap. Ada geng lah kakyan makan kuetiau. Kalau sorang je makan kat rumah, agak malas jugak nak masak kan.

    ReplyDelete
  5. Kalau Sha memang skip taugeh tu.. kikiki.. 1 peket kue tiaw tu memang banyak bila dah dileraikan.. senang makan bila udang dah siap kopek..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad