Korean Movie : Fabricated City - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 5, 2021

Korean Movie : Fabricated City

Yeahhh...berjaya akhirnya menonton filem Fabricated City lakonan Ji Chang Wook ni..
 Hari tu dapat download dari telegram... tapi tak reti setting tulisan sarikata dia. Jadi tulisan tu tak selari dengan percakapan. Heh..tertekan betul nak tengok. Semalam godek godek Youtube..jumpa pun. Siap English subtitle dan gambar yang jelas..
Nah link sebelum youtube delete...sebelum MY delete link ni dari entry ni.



Dalam filem ni, Ji Chang Wook pegang watak sebagai Kwon Yoo, seorang  gamer online tegar. Dalam dunia gamer dia, dia pegang watak Captain kepada team diorang yang terdiri daripada beberapa orang gamer lain dan menamakan team diorang RESURRECTION.

Satu hari masa tengah main game, Kwon Yoo dapat panggilan daripada seorang perempuan yang minta tolong hantarkan ke rumah handphone dia yang tertinggal kat cyber cafe. Perempuan tu kata nak bagi upah 300 won. Mamat ni lurus bendul ajelah pergi tolong hantarkan ke rumah.

Esok paginya, masa dia masih tidur, rumah dia kena serbu dan dia ditangkap. Dalam rumah dia ada ada pisau berlumuran darah. Bukti dan alibi semua menunjukkan dia yang buat jenayah rogol dan bunuh tu. 

Masa dalam penjara, dia sentiasa jadi bahan belasahan ketua gangster penjara. Kemuncaknya, lepas peguam dia datang bagitahu mak dia dah mati, dia mula memberontak. Lepas dia cederakan ketua gangster penjara tu, dia tikam perut dia sendiri. Ada banduan tua dalam penjara tu ajar cara tikam yang diri sendiri yang selamat. Alahhh...hero kot, mati pun boleh hidup balik

Kwon Yoo melarikan diri semasa ambulan penjara dalam perjalanan nak hantar diorang ke hospital. Dalam perjalanan melarikan diri, Kwon Yoo bantu baiki kereta sepasang suami isteri pelancong asing yang dalam perjalanan ke airport. Masa sampai airport, pelancong tu tinggalkan kereta tu kat Kwon Yoo.

Kwon Yoo pergi cyber cafe dan buka email dia. Dia dapat berhubung dengan salah seorang ahli team RESURRECTION, Mr. Hairy. Kemudian, Mr. Hairy atau Yeo-wool bawa dia ke tempat persembunyian dan merancang untuk siasat kes semula kes dia. Yeo-wool ni terror gila dengan IT dan juga seorang hacker.

Diorang intip dan kaji sebuah van yang selalu berada di crime scene. Rupanya ada satu business yang mencuci tempat kejadian jenayah, kemudian merancang serta membina tempat kejadian jenayah yang baru lengkap dengan bukti terhadap kambing hitam. Perghh...ngeri..

Diorang cuba nak dedahkan, kejahatan orang jahat ni. Tapi masa Kwon-yoo ni datang bilik rahsia orang jahat untuk dowload bukti, kawan-kawan dia pulak jadi tebusan. Dia dah keliru nak selamatkan kawan-kawan ataupun nak settle download bukti dari sistem si penjahat ni.

Masa kejadian kejar mengejar guna kereta buruk yang dah diubah suai tu,.. Mak aihhh... memang hebat gila si Kwon-yoo ni. MY siap tutup-tutup muka kot takut kereta tu berlanggar. Suami MY dah gelak-gelak. "Kan K2 tu... Mana boleh mati..." hmpph..nyampah. 

Tapi pendapat MY sebagai peminat Ji Chang-wook, filem ni memang berbaloi ditonton. Dalam ni JCW sangat tak hensem dan agak selekeh. Tengok aksi je. Kalau filem tu memang best, bagi Zizan Razak berlakon pun best. Ye...Mama Yan juga peminat Zizan Razak...hahaha...

Ji Chang-wook sebagai gamer tegar



Tajuk : Fabricated City / Jojakdoen Doshi / Manipulated City
Pengarah : Park Kwang-hyun
Pelakon : Ji Chang-wook, Shim Eun-kyung, Ahn Jae-hong
Produksi : TPS Company
Tarikh Siaran : 9 February 2017
Masa : 126 minit
Bahasa : Korea

7 comments:

  1. waa peminat zizan razak.. ok baru tau hehee

    ReplyDelete
  2. thanks for the review. abe kie dah download cuma belum sempat nonton je.

    ReplyDelete
  3. Wahh..peminat korea..sy pulak suka tengok filem tamil..sah2 menipu..tapi terhibur 🤣

    ReplyDelete
  4. Hehe pernah dgr juga kawan2 kata best citer ni.. cuma tak sempat tengok je lagi

    ReplyDelete
  5. Macam pernah tengok tapi macam ingat-ingat lupa pulak.

    ReplyDelete
  6. Yes cerita ni best MY. Eza dah tengok. Kesian betul mula-mula tu kena aniaya je, sebab dituduh pembunuh. Happy ending cerita ni. Heronya menang.

    ReplyDelete
  7. Dah tak ada dah kat Youtube.. Mujur Mama yan dapat tengok ye..
    Sha dah tengok dah filem ini.. Best..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad