Daily diary - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 3, 2020

Daily diary

Semalam, pagi pagi dah berarak ke JB.
Mula mula pergi Menara Tabung Haji dulu...
Nak pergi Jabatan Akauntan Negara,
Kat tingkat 8, Menara Tabung Haji, JB,
Ada satu kaunter untuk orang orang buat tuntutan WTD tu...
Mama Yan dah semak,
ada wang yang tak dituntut dalam RM 1700.
Semangat datang nak menuntut...
Tapi, pegawai datang pukul 10 sepanjang PKPB ni...
Jam baru pukul 9.15 pagi...awal lagi...
Mama Yan beransur ke bangunan KWSP pula

Mama Yan pergi dengan suami...
Kalau suami tak hantar, takdenya Mama Yan nak pergi sendiri.
Susah kot nak parking kat JB ni...
Sampai kat EPF,
Orang ramai kat lobi...beratur ikut urusan masing masing.
MY tanya la...
Kalau nak daftar majikan baru macam mana,?
Pegawai tu bagi borang dan tunjukkan ke mana borang2 tu semua nak hantar. 
Urusan berlangsung di lobi sahaja.

Untuk terminate majikan lama pun,
Pegawai bagi borang.
Dah siap isi, nanti hantar kat kaunter luar epf je.
Diorang betul betul jaga jarak dan elakkan pejabat  dan kaunter urusan jadi pusat tumpuan.




Lepas tu, bergerak pula ke bangunan PERKESO di Jalan Larkin.
Pun takyah masuk...
Bercakap dengan sekuriti aje kat luar...
Bagitahu nak daftar syarikat baru sebagai majikan, 
Dan nak terminate syarikat lama sebagai majikan.
Lepas tu sekuriti bagi borang,
"Puan balik dulu isi borang, dah siap boleh hantar borang dalam kotak kotak yang disediakan di sana"
Okay...takyah masuk...kurangkan crowd dalam confine space.



Urusan seterusnya ke CIDB Johor pula...
Kat dalam sistem guna perniagaan enterprise, 
Nak tukar ke syarikat sdn bhd pulak.
Sayang la sub bidang yang dah banyak tu...
Bukan senang nak kumpul banyak banyak...

Masuk kaunter CIDB, bagitahu nak tukar dari enterprise, Terus dia suruh jumpa pegawai kat tingkat 1,
Pegawai kat tingkat 1 pun sama macam 2 pejabat sebelum ni,
Bagi borang, dah siap isi nanti hantar kat kaunter je nanti..

Jadi Mama Yan ada 5 borang yang nak diiisi. Borang pemberhentian jadi majikan senang je nak isi... sehelai je...
Borang nak daftar baru tu....5 ke 6 helai jugak rasanya tu...
Bercintanya lah nak isi semua tu...

Sebelum balik, singgah pulak Aeon Taman U...
Katanya MPH Taman U nak closing store...
Kot kot la ada buku untuk anak anak yg ada diskaun...
Takde ya.... sama aje macam biasa...
Buku yang selalu diskaun tu buku² lama yang dah bertahun takleh jual...selalu less 30%.. kali ni less 50%..
Sedih tengok rak rak buku dah kosong...
Semua dah masuk kotak untuk dipindahkan...

Mama Yan beli la sebuah novel untuk diri sendiri..
Selebihnya komik dan buku sticker untuk anak anak...
Komik pun komik lah...
Janji suka membaca...
Jangan asyik main game dan tengok youtube aje...
Mama Yan pun ntah bila nak start baca buku baru tu...
Tengah banyak kerja ni...
Semoga urusan kerja dilancarkan...Aminnn...





12 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan pendaftaran syarikat baru tu.
    macam pelbagai borang kena isi.

    ReplyDelete
  2. Semalam mak pergi JPJ pun ramai orang.
    Baru buka pwrkhidmatan memang akan ramai orang.

    ReplyDelete
  3. takpe isi borang slow2, mudah sikit isi borang lepas tu hantar masuk dalam box tak perlu nak beratur bersesak kan MY...

    huih kita ada WTD tak sampai rm50 pun dia rm1700... boleh dapat gelang seketul

    ReplyDelete
  4. bab2 kod bidang kat CIDB, PKK, MOF memang kena jaga. nak dapat susah dah dapat takkan nak disia-siakan ye tak.

    duit WTD ammi cuma 31++ je masa check. nampak nau ammi ni tak berduit hahaha

    ReplyDelete
  5. Banyak juga duit yang perlu di tuntut tu...
    Moga dipermudahkan semuanya mama Yan... mesti keletihan kan, tapi nasib juga bukan bulan puasa...

    ReplyDelete
  6. Wah..byk wtd Yan. Akak punya ciput je.

    Mmg byk tempat MPH tutup...:(
    Bisnes begitulah, ada pasang surut.

    ReplyDelete
  7. WP> syarikat barunya dah daftar, cuma nak update di setiap jabatan macam epf, socso, cidb, mof, lhdn...

    ReplyDelete
  8. NA>aah...semua tempat ramai orang...banyaknurusan tertunggak kan...

    Dana> nampak je macam banyak.... tapi tu duit syarikat, deposit tender return.

    Sheila Arshad > tulah... kalau baru sikit bidang tu... mmg buat baru je.. takyah tukar²...

    ReplyDelete
  9. Sis Lin> pergi berdua tak penat sangat... time dalam kete duduk sebelah main henpon je. Kalau sorang2 mmg stress. Sbb sy tak reti parking kereta

    Ujie Othman> WTD deposit tender tu.. return kat pejabat pos tapi tak ambik². Lagipun ramai orang suka beli ebook dan order online.

    ReplyDelete
  10. kdg2 saya rasa norm baru ni lebih teratur dari yg sebelum. banyak counter pejablat am yg buat drop form je, takyah beratur lelama, selebihnya urusan dalam talian. Lebih jimat masa

    ReplyDelete
  11. kalau saya apabila sampai bab isi borang tu yang malas

    ReplyDelete
  12. Buzy seharian ye mama yan.. semoga dipermudahkan urusan mama yan..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad