I will follow youuu....

Tuesday, June 16, 2020

Nasi Kerabu Cikgu CT


Semalam, suami Mama Yan bawa makan tengahari jauh sikit..
Aduhai..gigih...
Kalau MY..
Mana yang dekat dan mudah aje...
Sebab tengah kerja kan...
Dah la ada banyak tender nak hantar sehari dua ni..
bila busy terasa la jauh...
hahaha...
Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ni terletak di Taman Impian Emas.


Gambar kedai dari Facebook je
lupa nak snap sebelum balik semalam


Kedai ni jual makanan berkonsepkan nasi kerabu ala carte ...
Dalam menu dia dah siap siapkan menu nasi kerabu tu dengan lauknya.
Kiranya...takde la kena beratur ambik lauk...
Cuma duduk, buka buka menu, order, tunggu makanan sampai kat meja, dan makan...

Semalam Mama Yan nak cuba nasi kerabu daging bakar,
tapi dah habis...
lain kali lah datang pula rasa daging bakar..
Mama Yan memang suka sangat daging bakar ke...daging salai ke...
Tapi dah takde daging...
Pilihla lauk lain..

Mama Yan bukanlan peminat nasi kerabu..
Sebab ada kelapa kelapa tu...
Tak suka...
Tapi semalam bila makan,
eh...macam jatuh cinta pulak..
Sebab serunding kelapa dia tu rasa macam kelapa la...
tak kering sangat macam hampas kelapa...
Lepas tu,
warna nasi dia tak biru fluorescent..
warna biru lebam lebam sikit...
Mama Yan memang tak boleh telan nasi letak perwarna terang benderang ni...
seram nak telan..
rasa macam makan bahan kimia pula...hahaha
Banyak cerewet la saya...

Ok...dah tambah dah restoran favourite Mama Yan..
Bila dah feveret...terus rasa dekat..
Padahal mula mula rasa jauh...hahaha

Ni pilihan suami Mama Yan.
Nasi Kerabu Udang Crispy


Yang ni Mama yan punya.
Nasi Kerabu Chicken Grill



Ni warna nasi kerabu tu.
Okla...original pakai bunga telang kot...

9 comments:

NA said...

Petanda kena datang lagi. Cuba daging bakar pula. Saya suka nasi kerabu asal sedap warna biru pekat ke samar-samar ke tak kisah.

norhidana said...

menggoda udang dengan ayam grill tu MY oi... ye ni baru betul pakai pewarna asli bukan pewarna kuih tu hehehhe

Suria Amanda said...

Alaaaa.....akak suka nasi kerabu daging bakar...

Farhana Jafri said...

sama la kita tak suka makan nasi kerabu warna biru terang sebab scary tengok pewarna banyak sangat. Kalau biru cantik macam ni guna bunga telang kan

Nurul Shahira said...

Syoknya ada banyak pilihan menu nasi kerabu. Sha suka nasi kerabu daging bakar. Tang nasik tak kisah warna dia pekat ke samar-samar. Yang penting kelapa, sambal di semua cukup. Hehe.

Diana Rashid said...

Memamg boleh kenal nasi kerabu guna pewarna dengan nasi kerabu guna bunga.

Akak dok serumah dengan orang kelantan masa bujang dulu. Jadi kalau makan nasi kerabu memang warna nasi tu memain kan peranan jugak la..

Sha Mohamed said...

Wah.. sedap nampak udang tu..

Sheila Arshad said...

huhu...segitu sambalnya tak melahar ke bibir?

Sunah Sakura said...

baru tadi makan nasi kerabu bonda, boss beli kat impian emas gak...ingatkan sama dengan yang ni..haha

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular