Servis Kereta Jom

Mama Yan memang tak pernah servis kereta sendiri...
Mesti suami yang uruskan semua...
Selalu tolong jemput suami je kalau dia nak tinggalkan kereta..
Kelmarin tergatal la pulak nak ikut temankan dia pergi servis kereta...


Mula masuk...
Kena tunggu turn untuk jumpa customer service dia dulu...
Masa ni dia consult la nak kena buat apa buat apa..
Berdasarkan kepada tarikh akhir servis dan mileage.
Lepas tu dia bagi harga...



Lepas tu...
Tunggu la kereta siap diservis.
Kat situ ada la disediakan air panas, mi segera, biskut, kopi segera, air masak dan lain lain...
Tapi sebab kami berdua dah makan sebelum datang servis kereta...
Takdelah rasa nak makan²...
Suami kata kalau datang appointment pagi...
Siap ada sarapan disediakan,
Karipap, donat, nasi lemak, bihun goreng gitu...
Hahaha... Mama Yan pun "Ooohhh" aje lah...
Memang tak pernah uruskan servis kereta sendiri...
Pam tayar kereta pun tak reti... 
Hantar kereta basuh kat kedai pun baru berapa kali...
Susah kot nak masuk tempat cuci kereta tu...sempit..

Mama Yan tengah duduk kat 'charging station' masa ni.
Tempat caj henpon pun ada.
Sesungguhnya Mama Yan 'daghat'..

Masa yang diambil pula lebih kurang 2 jam untuk minor service.
Kalau major service,
Suami Mama Yan akan hantar pagi dan ambil petang.
Kelmarin appointment pukul 2 petang,
Jam 3.45 petang dah siap...
Sementara menunggu tu,
Boleh la kita isi masa dengan main game kat handphone ke, bersosial di atas laman media ke, baca buku ke, baca surat khabar ke, update blog ke, blogwalking ke..hehehe...

Tengah2 servis tu...
Juruteknik tu panggil...
Rupa rupanya nak bagitahu..
Tayar spare takde kat tempatnya...
Alahaii...tayar spare hilang rupanya...
Nasib baiklah tiada kejadian yang tak diingini berkaitan tayar berlaku dalam tempoh kehilangan ni...
Dah la kami memang tak sedar bila masa la tayar tu hilang...

Garu kepala jugak la bos...
Tayar spare hilang.


Menurut juruteknik yang servis kereta tu...
Kehilangan tayar spare Triton memang menjadi jadi kebelakangan ni...
Sebab tayar dia kat luar kan...
Pencuri pergi je la merangkak bawah kereta...
Buka skru..
Senang2 je dapat...
Harga sebiji sport rim original Triton dalam dua ribu lebih gitu...
Hai senangnya la orang sekarang cari duit...
Semoga si pelaku mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah...
Malas la nak fikir² sangat...
Dah hilang...dah situ...

Alhamdulillah...
Selesai servis kereta...
Bersyukur sangat²...
Teringat zaman muda mudi dulu...
Selalu tak servis kereta ikut timing yang betul...
Sebab nak servis kereta nak kena tunggu tabung pringle penuh dulu...hahaha...





9 Comments

  1. Dah servis bolehlah jalan2 makan angin jauh2

    ReplyDelete
  2. Makanan yang disediakan kena bayar tak?
    Bagus juruteknik bagitahu tayar tambahan hilang. Kenalah beli tayar tambahan yang baru kan?

    ReplyDelete
  3. ada juga hikmah pergi servis kereta.. kalau tak, sampai bila taktahu tayar spare hilang.. jahat betul orang yang curi tayar tu..

    ReplyDelete
  4. bagus la tempat servis ni sediakan makanan. Ada extra cas ke atau FOC je? He he

    ReplyDelete
  5. Semua makanan dan minuman free, caj telefon pun free...

    ReplyDelete
  6. Sama la.. tak pernah ikut suami pi service kereta. sebab selalu dia pergi service kereta time nak balik raya je.. Hahahah..

    Best jugak tempat tu ye, siap ada makan2.

    ReplyDelete
  7. dulu masa husband busy giler dengan kerja dia memang kenelah gi service kereta sendiri, sekarang tidak lagi 😆

    ReplyDelete
  8. lepas nih boleh gerak jauh lah
    dah servis

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Dah berjaya servis..
    Senang betul orang sekarang buat duit.. curi tayar spare orang lain pula..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...