Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Antara intipati Perutusan khas YAB Perdana Menteri tadi adalah: -

PKPB akan berakhir pada 9 Jun dan digantikan dengan PKPP bermula dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020
  • lebih banyak kelonggaran diberikan
  • Pergerakan rentas negeri dibenarkan kecuali ke kawasan PKPD
  • Bagi yang ingin menziarahi ibu bapa, pastikan jaga kebersihan diri, gunakan pelitup hidung dan elak tempat sesak ketika pulang ke kampung
  • Ibu bapa warga emas adalah golongan yang mudah dijangkiti, perlu lindungi
  • akitiviti sosial keagamaan, ekonomi akan beroperasi secara berperingkat dengan mematuhi SOP
  • gunting rambut, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, food truck, gerai makan dibenarkan buka dengan SOP SOP yang tertentu
  • lawatan ke musium, inddor busking, dobi layan diri, kolam pancing, penggambaran filem, akan dibenarkan. optimumkan ruang dan pematuhan SOP
  • beberapa jenis sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan SOP. Aktiviti sukan yang tidak bersentuhan seperti aktiviti boling, badminton, memanah, menembak, konvoi basikal dan motor adalah dibenarkan
  • Pertandingan dan Sukan yang memerlukan penonton yang ramai di stadium, kolam renang, sukan bersentuhan seperti rugbi, bola sepak, hoki, keranjang belum dibenarkan
  • Percutian dan pelancongan dalam negeri dibenarkan, dengan amalkan kebiasaan baru
  • Sambutan HAri Raya Aidil Adha dan korban dibenarkan tertakluk kepada SOP yang dibenarkan
  • Solat jemaah dan kegiatan keagamaan dibenarkan mengikut keluasan rumah ibadah dan akan diumumkan tidak lama lagi selepas diperhalusi
  • Sekolah akan dibuka secara berperingkat, akan dibentangkan nanti dengan nasihat kementerian kesihatan
  • Dalam tempah pemulihan, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa tetapi dengan kebiasaan baru, penjarakan sosial, penggunaan face mask, mencuci tangan /hand sanitizing adalah kebiasaan baru yg mesti diamalkan
  • Sektor hiburan, pub, kelab malam, kenduri kendara, refleksologi, taman tema, rumah terbuka, aktiviti orang ramai yang bersesak, belum dibenarkan
  • Semak laman web majlis keselamatan negara (MKN) untuk lihat aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan
Kerajaan akan melaksanakan 7 Strategi PKPP akan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan
 
  • Tibalah masa kerajaan beri kelonggaran dgn syarat rakyat ambil tanggungjawab secara serius mematuhi SOP yang diteteapkan oleh kerajaan
  • Pemimpin masyarakat dan majikan perlu mengambil peranan dalam membendung penularan Covid 19. 
  • Berdisiplin dan beristiqamah, insyaallah kita akan masuk ke fasa normalissi selepas 31 Ogos ihi
  • Sekiranya berlaku peningkatan kerajaan akan laksanakan PKPD di kawasan atau lokaliti yg berkenaan
  • Gunakan My Sejahtera untuk menilaikan kesihatan kendiri, bagi membolehkan KKm mengenalpasti kontak rapat jika berlakunya jankitam
  • Bersedia melaksanakan dan membudayakan kebiasaan baru dalam hidup kita.
  • Semoga Allah merahmati segala usaha kita dalam memerangin Covid -19..Aminn

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا    
“Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya besama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)


4 Comments

  1. Alhamdulillah dah boleh rentas negeri

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur banyak syarat dah dilonggarkan. jom balik kampung kak.

    ReplyDelete
  3. esok lah kan mulanya tu...teruskan jaga diri masing-masing...covid belum hilang lagi ni...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga kita terus patuh arahan, amalkan penjarakan sosial dan kurangkan berada di tempat sesak..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...