MY Review : Dari Kerana Ainun - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, June 21, 2020

MY Review : Dari Kerana Ainun

Judul Buku : Dari kerana Ainun
Penulis : Azizah Ami
Penerbit : Angan Pena
Genre : Fiksyen Melayu
Cetakan Pertama : Disember 2018
Jumlah Mukasurat : 441

Macam mana Ainun MY,
Jadi tak? Gigih tau mengedit..hahaha

Novel tulisan Azizah Ami ni memang novel yang penuh ayat pick up line dan sweet mueet gitu.
Memang sangat sesuai lah di baca bersendirian.
Kalau baca dalam MRT,
Nanti orang getik tengok kita tersenyum sorang sorang masa baca novel..
Possibility nak terlepas station pun tinggi...

Mama Yan mula baca malam tadi dan habis waktu petang ni...
Lama juga la masa yang diambil sebab banyak urusan nak buat hari ni...
Ada on off la...
Biasalah...novel memang kita baca waktu lapang je...
Kena la dahulukan perkara perkara yang wajib didahulukan.

Mengisahkan Ratu Nur Ainun yang dipanggil Rat..
Tapi family tetap panggil Ainun.
Rat ni gadis nakal, free hair, seksi, cantik dan ada boyfriend nama Dean
Tapi Dean ni macam nak buat Rat jadi stock geli geli je..
Tak bersungguh-sungguh pun..
Last-last diorang clash...

Rat ni pula, 
Mama dia tak berapa suka sebab degil sikit.
Lagipun ada sejarah hitam masa kecil yang melibatkan Rat dan arwah adiknya
ditambah pula dengan Pak Long si Rat ni,
Tak habis habis menghina Rat kerana tak pakai tudung dan seksi,
Tak seperti Munirah dan Zinnirah.

Kemudian,
Encik Adib kenalkan Rat dengan Cikgu Ahmad semasa Cikgu Ahmad menguruskan pembelian perabot untuk sekolahnya.
Cikgu Ahmad dah jatuh cinta pandang pertama pada Ratu Nur Ainun...

Bapa Rat dan bapa Cikgu Ahmad ni dah lama berkenalan, 
Jadi Encik Adib hantar Rat untuk tinggal di rumah bapa Cikgu Ahmad untuk belajar agama lepas percubaan Rat bunuh diri lepas merajuk dengan mamanya.

Ceritanya takde konflik apa apa...
Bahasa yang digunakan pun sangat mudah,
takde perkataan yang perlu di'Google' maknanya...
Isi dan penceritaan yang ringkas...

Kalau yang suka bacaan berat penuh ilmiah..
Ini bukan novel yang sesuai...
Tapi untuk golongan pertengahan usia yang sedang mabuk cintakan suami sendiri...
Memang best... hahaha
Boleh berjangkit miangnya nanti..

Apapun syabas Azizah Ami..
Mama Yan suka...



3 comments:

  1. Selamat mengulat buku
    Gambar ada iras2lah

    ReplyDelete
  2. wah... cepat jer habis baca.
    kalau saya jenuh juga... tak 2 3 hari, seminggu.

    BTW, bahan bacaan yang bagus juga nampaknya

    ReplyDelete
  3. "Tapi untuk golongan pertengahan usia yang sedang mabuk cintakan suami sendiri... Memang best... hahaha" - yang ini kelakar..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad