I will follow youuu....

Friday, June 5, 2020

Jangan salah memilih



Paling paling tak suka dengan lelaki yang tak jujur ni...
Berdoa je la selalu supaya lelaki lelaki terdekat dalam hidup kita bersikap jujur dan bersederhana...
Kalau macam ni kan...
Dah kahwin...
Takkan nak minta cerai pulak...
Bila nak beli rumah, 
Declare hutang piutang semua...
Jangan kata nak beli rumah,
Nak menyuap mulut laki bini pun sampai kira butir beras.

Anak perempuan Mama Yan ada sorang je...
Memang tiap tiap hari doakan dia dapat jaga diri baik baik dan dapat suami yang baik baik...
Walaupun kecik lagi...
Nampak macam advance betul mama dia ni...
Tapi...
Yakin ke kita dapat doakan dia masa dia besar nanti?
Entah entah tak sempat...
Kalau ditakdirkan tak sempat...
Sekurang kurangnya...
Mama dia sempat doakan anak anak dengan doa yang baik baik...

Personal loan untuk kahwin ni...
Janganlah sampai berpuluh puluh ribu...
Untuk cover yang tak cukup...takpelah...
Interest untuk personal loan ni tinggi ye...
Tak sama macam kita beli kereta dan rumah..
Kalau dah berhabis semasa menjadi raja sehari...
Apa yang tinggal masa nak jadi rakyat jelata nanti?

Selepas kahwin, akan ada banyak lagi komitmen yang menuntut kita mengeluarkan perbelanjaan.
Bila dah kahwin,
Adab dan adat kita dah berbeza dengan zaman bujang...
Antara adab dan adat yang memerlukan belanja adalah seperti:
  • Bawa buah tangan masa ziarah ibu bapa ataupun mentua
  • Sedekah bila dapat anak saudara baru, tak kisah sebelah suami atau isteri
  • Beli perabot asas, mungkin ada kawan² nak singgah rumah
  • Beli keperluan dapur, masak...jangan boros asyik order FudFanda atau makan kat luar aje
  • Tong tong duit minyak dan belanja untuk majlis seperti hari keluarga, ipar duai nak bertunang atau bernikah, atau hari raya
  • Sediakan duit raya untuk anak anak saudara, singgit pun takpe. Janji ada sampul bertukar tangan
  • Simpanan untuk akikah bayi dan kenduri kesyukuran
  • Nak scan 4D baby..harga bukan murah ye... pakai scan 2D tak clear. 2D pun dalam RM60
Ini baru bab adat kebiasaan. Belum belanja wajib lagi.
Nafkah anak isteri, loan kereta, loan rumah atau sewa rumah, keperluan pakaian, belanja dapur, penyelenggaraan kereta dan rumah, bil bil utiliti dan lain lain lagi.

Sebab tu orang muda jangan boros berbelanja...
Paling tak sepatutnya orang muda ada ialah...
'Kad kredit'.
Bila dah matang sikit dan dah pandai uruskan kewangan...
Masa tu... nafsu nafsi punya graf dah semakin menurun...
Barulah gunakan kad kredit.
Mama Yan bernasib baik tak boleh buat personal loan masa muda remaja dulu.
Kalau tak...sama juga agaknya...hahahaha

Okaylah...akhir kata...
Semoga yang masih solo akan bertemu jodoh yang baik dan jujur,
Yang dah berpasangan pula terus menerus bahagia hingga ke akhir usia....
Aminnn...wassalam





4 comments:

Sis Lin said...

Takut juga bab ni, bab kita ye laa dah selesainya, tapi untuk anak-anak tu yang jadi takut..ye laaa kita ada anak peempuan...moga semuanya dipermudahkan dan dipertemukan jodoh yang baik-baik aja..

NA said...

Amin. Moga dapat jodoh yang terbaik buat anak Mama Yang dan saya.

Raz said...

sedihnya sbb x jujur

Sha Mohamed said...

Part kad kredit tu memang sha sokong mama yan... Orang muda sekarang tak sepatutnya ada kad kredit.. boleh menyebabkan masalah kewangan yang serius..

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular