Tudung periuk pandailah berlari... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, June 18, 2020

Tudung periuk pandailah berlari...

Semalam dekat group FB 'masak apa tak jadi ni' tu...
Ada yang share kejadian tudung periuk kaca diorang retak dan ada yang pecah...
Katanya ni jenama periuk yang tengah viral tu...

Alamak aiii...
Ni yang takut ni...
Dalam hati teringin juga nak beli...
Tapi..
Macam ada rasa sayang duit juga...
Lagipun... banyak banyak sangat periuk,
Bukan semua tu boleh pakai sekali gus kan...
Lepas tu ternampak pulak status ni...
Alahai...
Kompom la tak jadi beli..

Kat rumah Mama Yan ada juga periuk yang bertutup kaca..
Alhamdulillah...setakat ni belum ada kes kes kecemasan melibatkan penutup periuk kaca ni...
Jenama tak ingat dah...
Tapi tak lah mahal gila...
Jenama biasa biasa beli di Aeon...
Itupun beli sebab boleh PWP kalau tak silap.
Eh ke...hasil daripada kumpul² setem AEON

Ni kalau jadi macam ni kan...
Kompom la cuak...
Nak nak pulak kalau kita masak lebih sikit...
Nak sambut tetamu ke...
Meraikan apa apa ke...
Huishhh...mintak dijauhkan la...

Apapun...
Semoga Allah melindungi ibu ibu yang sedang memasak di dapur untuk keluarga..
Semoga baik baik aje hendaknya...


Gambar dari FB 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini'


Gambar dari FB 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini


Gambar dari FB 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini'



7 comments:

  1. Seramnya tengok kaca pecah kat tengah tu.
    Kalau kena masa tengah masak ya Allah.

    ReplyDelete
  2. halamak aahla rupa periuk yang tengah in tu kan MY, dana kat rumah ada lah seketul periuk vision tu elok lagi guna sbb tebal kot... pastu ada 1 periuk jenama ikan tu dah lebih 5 tahun ok lagi penutup kacanya... pastu paling baru periuk jenis kumpul kupon kat aeon ... harapnya sihat la jgn pecah gini...

    ReplyDelete
  3. takutnya tengok kalau jadi macam tu. rugi beli periuk satu hal. Setakat ni tak pernah lagi jadi macamni

    ReplyDelete
  4. apakah jenama periuk ini?
    takutnya tengok

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad