I will follow youuu....

Monday, June 22, 2020

Kek Lapis Sarawak Selera Sakura

Alhamdullillah...
Tokey Kek Lapis Selera Sakura sudi melapis untuk Mama Yan hari tu...
Dapatlah Mama Yan bawa balik kampung sebagai ole-ole...
Walaupun made in Johor..tapi resepinya original dari Sarawak...
Chefnya pun anak jati Sarawak tau..



Mama Yan order dua loyang...
Sebab perancangan asal nak balik dua dua kampung macam biasa...
Singgah Segamat dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Raub,
Tapi tu lah...
Tak jadi pulak...



Kek lapisnya Sunah buat dua perisa...
Kek Lapis Perigi Biru dan Kek Lapis Butterscotch..
Dua dua sedap sangat sangat...
Memang salute la dengan chef² kek Lapis Sarawak ni...
Bukan sahaja pandai buat kek..
Tetapi juga tabah dan sabar...
Menurut Sunah...
Masa yang diambil untuk siapkan satu loyang kek adalah 4 jam paling minima...
Mama Yan buat kuih lapis kukus 6 lapis aje dah fedap...

Sedap yang amat sangat.
Lapisan dia Mama Yan kira lebih daripada 30 lapis okay...
Balut siap siap dengan aluminium foil supaya tahan leeebihh lama.


Yer..MY memang ada masalah menahan sabar dan memang tak cukup tabah...
Jadi.. kalau teringin nak makan,
Beli saja la..
Tak payah la susah susah berangan nak melapis...
Kerja kerja yang memerlukan ketekunan dan kesabaran ni...
Kita bagi kat mereka-mereka yang ahli sahaja

Nanti kalau chef Selera Sakura buka order untuk raya haji...
Mama Yan nak order lagi...
Nak order untuk jiran²...
Nak order untuk staf²...
Nak order untuk family mertua...
Yer...nak order je...
Takde niat nak minta resipi ataupun belajar mahupun ambil kursus...
Sebab sangat memahami kemampuan diri...hahaha..

Nama Kek ni memang original Kek Lapis Perigi Biru rupanya...
Ingatkan cik adik Sunah suka sakura ni reka reka aje nama perigi tu...
Bawah ni IG SeleraSakura..
Boleh terjah dan follow untuk cuci mata dan tekak dengan kek lapis dan brownies ok...

9 comments:

Warisan Petani said...

Cantiknya kejadian kek lapis perigi buta tu
Eh, perigi biru kot

Nor Azimah Ali said...

Waw, unik namanya mesti sesedap rasanya kan.Saya kan mama, usahkan nak buat kek lapis nak buat kek biasa pun malas, haha..

norhidana said...

teringin juga la ank order kat sunah nanti, nak merasa air tangan sunah... nipis-nipis je lapisannya patutla 1 kek sampai 4 jam...

Diana Rashid said...

Kalau dah jumpa yang sedap tu kena setia la dengan yang tu.Hahah..

Jangan tukar2 dah.Original chef dari Serawak juga la yang terbaik..

Sekarang ni ramai buat kek lapis macam2 nama macam2 kaler tapi rasa sama je..Dah jumpa yang betul2 pakai kena la setia.

Ana Jingga said...

tahun ni tak merasa kek lapis sarawak sebab sepupu kak ana tak balik raya sana PKP ni hehe, suami nya orang sarawak tiap tahun dapatlah merasa kek lapis ni memang win kan :)

Nur Asyiqin said...

sedapnya azian...bukan kaling2 orang boleh buat kek lapis sarawak ni..

Sha Mohamed said...

Sedapnya kek lapis.. Tapi tahun nie tak jumpa lagi kat sini yang best..

Sunah Sakura said...

perigi biru tu 24 lapis sebab setiap satu kaler, ade 12 lapis bahagi dua bahagian...hahhh...paling mencabar sebab nanti tengah buat, lupa dah lapisan ke berapa..hahahahahahhaa

AzianKhalil said...

Sunah Sakura> hakak siap kira ada 32 lapis tau... kena cari spek la gini...

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular